25 September 2010, Sabtu - Jam 3 petang, bertempat diperkarangan Tabika Perpaduan Taman Kelisa Emas, sambutan Aidilfitri 2010 tampak meriah dengan kehadiran pelbagai lapisan masyarakat dan agama. Mereka ini terdiri daripada jemputan dari taman-taman perumah bersebelahan seperti Taman Perdana, Taman Impian, Taman Pelanggi, Taman 410, Taman Perumahan Sungai Jan dan beberapa taman yang lain. Kehadiran YB Dato' Law Lee, Adun Damak dapat menyerikan lagi majlis yang disusun atur. Keramaian ini membuktikan konsep 1Malaysia yang dislogan oleh Perdana Menteri, Dato' Sri Najib Razak semakin mendekati rakyat.
Sambutan ini diadakan sempena Aidilfitri yang disambut pada baru-baru ini setelah umah islam berjaya menunaikan puasa Ramdhan yang lalu. Kemeriahan dapat dirasai dengan kehadiran hampir semua penduduk berikutan hari tersebut hari minggu dan ramai kanak-kanak yang datang berpakaian baju raya dan bergaya. Hampir 100 orang kanak-kanak beratur untuk menerima duit raya yang disampaikan oleh Encik Shukri, Pengerusi Taman dan Mazlan, Penyelaras Tabikan Perpaduan Taman Kelisa Emas.
Berikut adalah foto-foto keriangan yang diabadikan dalam blog ini..

Berikut adalah foto kemeriahan yang sempat dirakamkan oleh Jurufoto Encik Mazlan ...

Foto dan ulasan oleh :
mazlqan@yahoo.com