Saturday 25 September 2010

FOTO KEMERIAHAN SAMBUTAN AIDILFITRI 2010 PERINGKAT TAMAN KELISA EMAS

25 September 2010, Sabtu - Jam 3 petang, bertempat diperkarangan Tabika Perpaduan Taman Kelisa Emas, sambutan Aidilfitri 2010 tampak meriah dengan kehadiran pelbagai lapisan masyarakat dan agama. Mereka ini terdiri daripada jemputan dari taman-taman perumah bersebelahan seperti Taman Perdana, Taman Impian, Taman Pelanggi, Taman 410, Taman Perumahan Sungai Jan dan beberapa taman yang lain. Kehadiran YB Dato' Law Lee, Adun Damak dapat menyerikan lagi majlis yang disusun atur. Keramaian ini membuktikan konsep 1Malaysia yang dislogan oleh Perdana Menteri, Dato' Sri Najib Razak semakin mendekati rakyat.

Sambutan ini diadakan sempena Aidilfitri yang disambut pada baru-baru ini setelah umah islam berjaya menunaikan puasa Ramdhan yang lalu. Kemeriahan dapat dirasai dengan kehadiran hampir semua penduduk berikutan hari tersebut hari minggu dan ramai kanak-kanak yang datang berpakaian baju raya dan bergaya. Hampir 100 orang kanak-kanak beratur untuk menerima duit raya yang disampaikan oleh Encik Shukri, Pengerusi Taman dan Mazlan, Penyelaras Tabikan Perpaduan Taman Kelisa Emas.

Berikut adalah foto-foto keriangan yang diabadikan dalam blog ini..


Tetamu yang hadir terdiri daripada pelbagai. Kemeriahan ini disambut oleh semua kaum tanpa mengira warna kulit, agama mahupun bangsa. Terima kasih di atas kunjungan ini.

Encik Mat mengiringi YB Dato' Law Lee, Adun Damak bagi memeriahkan lagi majlis dan sambutan Aidilfitri 2010 taman ini.

YB Dato' beramah mesra dengan tetamu yang hadir.


Tiga orang penggerak utama pelbagai aktiviti kemasyarakatan taman ini, iaitu dari Kanan Encik Zaidi, Setiausaha, Encik Shukri, Pengerusi KRT dan Encik Mat, Penolong Pengerusi.




Boleh dikatakan hampir semua penduduk turun menyertai sambutan ini kerana kebetulan hari ini hari minggu dan sambutan tampak meriah. Terima kasih kepada semua yang hadir.

Encik Shukri bin Abu Samah telah menyampaikan ucapan kepada hadiri dan dalam ucapan ini belaiu mengucapkan ribuan terima kasih atas kerjasama semua pihak menjayakan pelbagai aktiviti yang dirancangkan.

YB Dato' Law Lee memberi ucapan yang begitu bersemangat kerana majlis ini tampak begitu meriah. Dalam ucapan ini beliau menegaskan kerjasama daripada semua pihak adalah penting bagi menentukan kejayaan seterusnya. Konsep 1Malaysia juga di sentuh sepuaya semua lapisan masyarakat dapat merasainya sebagai satu pemangkin kesatuan penduduk.




Bagi merasai keriangan sambutan ini, YB Dato' sudi menyampaikan sumbangan kepada penduduk yang memerlukan.

Anak-anak tampak begitu gembira apabila mendapat sumbangan duit raya daripada Pengerusi KRT dan Pengerusi Penyelarasan Tabika Perpaduan.

Kelihatan Encik Mazlan bin Che Kob, Pengerusi Penyelarasan Tabika Perpaduan Taman Kelisa Emas sedang menyampaikan Duit Raya kepada kanak-kanak yang hadir pada majlis ini.


Encik Shukri, Pengerusi KRT pula menyampailkan sumbangsan Duit Raya kepada kanak-kanak yang berbaris panjang. Kira-kira hampair 100 orang kanak-kanak yang menerima sumbangan ini. Sumbangan disediakan oleh KRT, Tabika dan individu perseorangan.

Berikut adalah foto kemeriahan yang sempat dirakamkan oleh Jurufoto Encik Mazlan ...
















Foto dan ulasan oleh :
mazlqan@yahoo.com

2 comments:

Anonymous said...

salam.pd periwatidesa,terima kasih anda telah memberi komen dan teguran,saya terima dengan berlapang dada teguran anda.untuk pengetahuan anda saya bukan hendak sangat dengan jawatan SU KRT Taman.Kiranya anda hendakan jawatan itu dipersilakan saya rela hati undurkan diri.saya bukan org politik yg ada kepentingan.saya buat ini dengan keikhlasan demi masyarakat.kiranya saya dimata anda saya tidak memberi perkhidmatan yg sempurna dan ada yg membuatkan anda menyampah dengan saya sila kita bertemu untuk membincangkan.kita memperbetulkan yg keruh supaya ianya menjadi jernih. sekian .Zaidi S.U KRT Taman Kelisa Emas Jerantut.

Anonymous said...

salam periwatidesa ... sy rasa anda telah membuatkan yg baik gugur dan yang busuk dibanggakan.. nilailah.. apa yg telah anda buat.. bahagiakah anda sekarang ni setelah menyakiti hati orang lain? Puaskah hati anda mencetuskan ketidakadilan dalam hal ini? bagi sy..segeralah bertaubat...

JEJAK ANDA

PAPARAN SEMASA

MENGENAI KAMI

27000 JERANTUT, PAHANG DARUL MAKMUR, Malaysia
JALAN JERANTUT FERI

TAMAN KELISA EMAS

TAMAN KELISA EMAS

Selamat Datang Ke Taman Kelisa Emas, Jerantut

Kami mangalu-alukan penduduk taman ini menyumbangkan idea bagi membangunkan web Taman ini dengan lebih mantap.