Saturday, 20 April 2013

PERJUMPAAN PETUGAS SRS DAN PENYAMPAIAN T-SHIRT SRS 2013


20 April - MAJLIS ringkas ini bertujuan untuk mengeratkan silaturahim dikalangan ahli KRT dan SRS serta penduduk. Aktiviti ini adalah rutin bagi memperkenalkan tugas dan peranan yang telah dan akan dimainkan oleh pasukan petugas KRT dan SRS. Semoga dengan aktiviti sebegini ianya dapat memperkenalkan KRT dan SRS kepada penduduk.

Menurut Encik Hisham, Pengerusi KRT, aktiviti ringkas seperti ini adalah suatu pendekatan yang boleh digunakan bagi mendekatkan silaturahim antara ahli dan penduduk. Kawalan keselamatan adalah suatu tindakan serius yang perlu dihidupkan agar dapat menangani masalah jenayah yang sedang berlaku disekeliling kita. Semoga dengan cara ini, penduduk dapat merasai kehadiran dan kemunculan pasukan petugas SRS.

Jenayah berlaku tanpa diduga malah ia boleh berlaku pada bila-bila masa dan tempat. Ia juga akan berlaku kepada sesiapa sahaja tidak kira bangsa, agama dan fahaman. Justeru, kawalan keselamatan seperti ini harus dipertingkatkan. Tidak semestinya ada majlis ringkas seperti ini baru ramai nak turun bertugas."Sebenarnya acara seperti ini cumalah sesekali, itupun kalau ada individu atau AJK yang menyumbang. Ia tidak perlu kos yang besar, sekadar untuk memeriahkan majlis ringkas ini. Kali ini majlis BBQ hanyalah sebagai jamuan biasa bagi mengumpul dan menghargai pasukan petugas SRS. Alangkah malangnya kepada yang suka mengkritik bahawa SRS atau KRT hanya suka mengadakan jamuan makan-makan sahaja. Sebenarnya orang yang mengkritik itu tidak melihat secara positif bahawa yang mereka nampak cumalah makan-makan, tetapi tidak nampak tugas yang pernah dan sedang dilakukan. Ia sangat mengecewakan kalau tomahan ini hanya dilontarkan sekadar kerana tiada alasan lain untuk diperkatakan." Tegas Encik Azahar, Pengerusi SRS.

Penampilan petugas SRS bukan sekadar dengan jamuan makan malam semata-mata malah ada beberapa perbincangan telah diadakan semasa majlis ini diadakan. Soal mempertingkatkan kawalan keselamatan, kebersihan, kecerian dan keselesan riadah juga dibincangkan. Usah melihat dari sudut nagetif semata-mata, namun lihatlah dalam pelbagai sudut positif. Misalnya, Encik Hisham menyatakan hasrat dan kesungguhan beliau untuk mengadakan pagar atau hadangan bagi kawasan permainan berhampiran Loji Kumahan Indah Water. Ia bertujuan bola tidak jatuh ke dalam longkang bagi kedua-dua tapak permainan sama ada yang bersimen atau kawasan taman permainan kanak-kanak. Usaha ini juga memerlukan kerjasama dan komitmen semua pihak terutamanya yang ingin menyumbang. Tidak semestinya memberi sumbangan wang ringgit baru dinamakan sumbangan. Malah dalam kes ini, sesiapa sahaja boleh memberi sumbangan dalam bentuk tenaga, idea atau cadangan yang membuka jalan ke arah tujuan murni ini. Ia tidak harus dilihat sebagai satu agenda untuk menjatuhkan sesiapapun. " Usah pandai berkata-kata itu dan ini, tetapi tidak mahu terlibat sama dalam menjayakan sebarang bentuk agenda yang diketengahkan. Paling tidak pun, berilah kerjasama dalam setiap agenda yang dirancangkan untuk kepentingan penduduk. Ini terutamanya kepada anak-anak kita yang boleh beriadah disetiap petang." ujur Encik Hisham.

Semoga komitmen yang dirancang oleh barisan AJK KRT dan SRS berjaya membawa perubahan yang walaupun sedikit tetapi dapat digunakan sepanjang masa. Hasrat ini perlu disokong agar ia sentiasa membawa tuah kepada semua penduduk. Cita-cita sebegini adalah ilham yang sememanya membawa kebaikan.

2 comments:

Anonymous said...

semoga ia tidak menjadi isu

Taman Kelisa Emas Jerantut said...

Isu hanyalah gimik bagi mereka yang tidak ada kerja melainkan mencari isu untuk diisukan

JEJAK ANDA

PAPARAN SEMASA

MENGENAI KAMI

27000 JERANTUT, PAHANG DARUL MAKMUR, Malaysia
JALAN JERANTUT FERI

TAMAN KELISA EMAS

TAMAN KELISA EMAS

Selamat Datang Ke Taman Kelisa Emas, Jerantut

Kami mangalu-alukan penduduk taman ini menyumbangkan idea bagi membangunkan web Taman ini dengan lebih mantap.