BUDAYA buli tidak harus dibiarkan berlaku lagi dan lagi. Pihak sekolah dan Polis perlu mengambil tindakan lebih tegas walaupun pelakunya ialah mereka yang dibawah umur. Kesedaran sahaja tidak mencukupi untuk memastikan perbuatan ini berlaku. Ia perlu satu undang-undang yang lebih tegas dan bertanggungjawab agar ia bukan sahaja dapat mencegah malah memberi pengajaran kepada semua. Tindakan yang dibuat selama ini tampak masih lagi longgar dan lopong. Budaya ini jika dibiarkan akan terus menghantui anak-anak kita untuk menimba ilmu di sekolah. Sungguhpun mereka ini dibawah umur dan berlaku di sekolah, tetapi isu ini tidak boleh dipandang mudah. Ketegasan semua pihak menangani perkara ini akan memastikan ia tidak lagi berlaku kepada semua pelajar. Andai kata ia dibiarkan, budaya buli ini memberi gambaran sangat buruk kepada sistem pendidikan negara.
KRT Kelisa Emas tidak bersetuju budaya ini dibiarkan dan berharap pihak berwajib membenterasnya secara bersungguh-sungguh dan jika ia masih berlaku, suatu usaha yang lebih tegas perlu diambil. Semoga budaya ini akan cepat diselesaikan dan tidak akan berulang lagi.
No comments:
Post a Comment