Aduan berkaitan longkang tersumbat dan limpahan air limbah yang berlaku di Lorong Kelisa Emas 1, Taman Kelisa Emas telah dibuat sebelum ini. Mohon tindak segera bagi mengatasi perkara ini dari terus berlaku yang boleh;
1. Menyebabkan penyebaran penyakit melalui bawaan air seperti e-coli.
2. Pembiakan nyamuk Aedis
3. Kerosakan jalan
4. Pencemaran air limbah yang sudah melimpah hingga melibatkan hampir 20 buah kediaman.
5. Pengumpulan sisa makan dan sampah tempat pembiakan nyamuk, lipas, lalat dan binatang berbisa.
[] Implikasi
Runtuhan tanah mengakibatkan longkang tersumbat
[] Sosial
Dengan ada laluan tar antara taman bukit permai dapat menghubungkan dua taman ini dan taman-taman perumahan yang lain memandangkan taman ini terasing dan laluan penduduk untuk menghantar anak ke TABIKA di Taman Kelisa Emas. Mohon kemudahan ini menjadi pemangkin ekonomi kedua-dua perumahan ini. Laluan tikus yang wujud sangat berbahaya kepada ibubapa yang menghantar dan menjemput anak pulang dari TABIKA Taman Kelisa Emas.
[] Cadangan
Membina lalu ke Taman Bukit Permai ke Kelisa Emas bagi memudahkan kerja-kerja selenggara yang kini telah menjadi semak.
Punca utama air tersebut mengalir tidak melalui longkang ialah terdapat runtuhan tebing serta sampah sarap yang dibawa bersama dari taman perumah di atas.
Lorong Taman Kelisa Emas 1 yang terjejas teruk dalam kes ini. Penduduk juga mengadu tidak tahan menghidu bau busuk dari limpahan air limbah ini.
Beginilah situasi dan ia lebih memburukkan lagi keadaan apabila hujan. Air yang turun dari kawasan perumahan di atas bukit bersebelahan taman ini turut membawa bersama sisa makanan dan sebagainya.
Hakisan ini boleh menyebabkan penduduk di atas terjejas juga pada suatu hari ini. Situasi ini boleh mengundang bahaya kepada semua terutamanya kepada kanak-kanak yang tidak tahu erti bahaya.
Hakisan ini boleh menyebabkan penduduk di atas terjejas juga pada suatu hari ini. Situasi ini boleh mengundang bahaya kepada semua terutamanya kepada kanak-kanak yang tidak tahu erti bahaya.
No comments:
Post a Comment