MEMANG benar kata orang kita harus hidup bersyukur dalam negara yang aman damai ini. Sebagai warganegara yang baik, kita tidak harus banyak mengeluh dengan masalah-masalah kecil yang kadangkala memerlukan sedikit kesabaran. Keutamaan sebagai warga negara yang jujur ialah hidup bersabar dan bersyukur.
Namun kata orang juga setiap apa yang melanda juga ada hikmat dan rahmatnya. Mana-mana agama di dunia ini tidak ada satu pun agama yang menyuruh penganutnya memberontak, membunuh, keji mengiji dan hina menghina. Agama yang mendorong penganutnya berbuat perkara yang tidak baik ialah agama yang sesat dan terpesong. Apa yang hendak dikiatkan ialah setiap perkara harus dimulakan dengan sabar.
Misalnya, pada 5 Disember 2009, Sabtu lalu, kejadian banjir kilat di persimpangan Taman Perdana dan Kelisa Emas agak membimbangkan. Perkara seumpama itu bukan sekali berlaku bahkan sudah beberapa kali. Dalam kejadian yang lalu terdapat sebuah kereta terperangkap dan hampir meragut nyawa. Begitu juga dengan kejadian terbaru ini, terdapat sebuah kereta terperangkap kerana percaya laluan itu boleh diredahi. Namun tanpa disedari, rupa-rupanya boleh menyebabkan kenderaan beliau terperangkap.
Berapa kali dalam hidup kita perkara bernasib baik akan terjadi. Memang kita perlu bersyukur kerana sehingga kini tiada lagi masalah kehilangan nyawa akibat banjir ini. Tetapi adakah perkara selamat dan bernasib baik itu dapat memberi jaminan kepada situasi yang sedang berlaku hari ini dan masa-masa akan datang. Kemanakah perginya pihak bertanggungjawab dalam hal ini. Apakah hendak tunggu ada yang terkorban baru hendak bertindak membetulkan keadaan? Itulah persoalan yang harus dijawab selain daripada memberi jamin tanpa tindakan terdekat.
Keadaan ini berlaku bukan sekali, bahkan sudah beberapa kali dan mungkin aduan juga tidak sekali diutarakan oleh penduduk sekitar. Susahkah hendak melayan masalah rakyat yang semudah ini. Penduduk terbabit tidak mempunyai bidang kuasa untuk berbuat sesuatu kerana bidang kuasa itu terletak kepada pihak bertanggungjawab seperti Majlis Daerah Jerantut, Alam Flora, Jabatan Peparitan dan Saluran, Jabatan Kerja Raya dan beberapa agensi yang mempunyai kuasa tertentu.
Kedengaran laporan yang diutarakan pula tidak mendapat reaksi sepatutnya bahkan saling salah menyalahi. Bagi pelapor dan pendudukan terbabit perkara ini memang membosankan dan tiada kesudahan. Bagi mereka juga sikap salah menyalahi sesama agensi bertanggungjawab selalu kedengaran bahkan kedengaran sejak 50 tahun lalu. Apa salahnya semua agensi terbabti secara profesional mendengar masalah penduduk dan bergabung tenaga dengan semua agensi bagi mengatasi aduan penduduk. Turun bersama menyiasat dan membuat keputusan bersama adalah hikmah yang penduduk hendak lihat. Kalau saling salah menyalahi, apakah kesudahan yang mereka dapat? Penduduk bukan menuntut sebuah keselesaan yang boleh dibanggakan. Namun apa yang mereka pinta ialah satu laluan selamat dan kalau berlaku hujan lebat tidak berlaku banjir kilat. Permintaan mudah ini rasanya tidak memerlukan kos berbilion ringgit. Tetapi mungkin tuntutan mereka hanya memerlukan sebuah jentera yang boleh membereskan saliran yang tersumbat agar laluan air lancar. Kalau ada kemampuan yang besar tidak salah permintaan mereka dilayan untuk menyediakan laluan banjir kilat yang tidak merugikan apa-apa.
Itulah kata orang, mereka perlu hidup bersabar. Bahkan mereka selalu bersabar apabila membuat aduan pihak-pihak ini tidak mahu bertanggungjawab dan menuding jari ke agensi lain untuk pengadu bertindak seterusnya. Kawasan ini bukanlah sebuah kampung terpencil di luar bandar atau sebuah kampung lembah di persisir sungai Pahang. Taman perumahan ini terletak tidak sampaipun 5 Kilometer daripada Bandar Jerantut. Dengan jarak yang sama juga terletaknya agensi-agensi bertanggungjawab. Susahkah untuk berbuat sesuatu yang lebih selesa untuk penghuni taman-taman berhampiran supaya tidak lagi terganggu oleh masalah ini?
Laluan ini bukan sahaja sering berlaku banjir kilat bahkan pada malamnya ia akan menjadi sebuah lorong gelap dan menakutkan. Bagi pengguna yang berjalan kaki, ia memang menakutkan dan mungkin bahaya sedang menanti mereka. Sama ada bahaya binatang berbisa atau mungkin perompak, perogol, penyamun atau pengedar dadah berbahaya. Maklum sahajalah laluan ini gelap dan kurang selesa. Sepatutnya terdapat lampu jalan yang boleh menerangi laluan ini. Keselesaan pengguna tidak langsung diambil kira oleh pihak bertanggungjawab. Sebetulnya laluan ini menjadi laluan penting bagi penduduk taman Kelisa Emas dan Taman Perdana bersebelahan. Ia menjadi sukar kalau jawapan yang diberikan kepada pengadu ialah sila guna laluan lencongan di persimpangan lampu isyarat Masjid Tengku Mahkota. Dulu pernah satu aduan dibuat mengenai laluan ini, pihak tersebut menyatakan sila guna laluan persimpangan lampu isyarat Taman Perdana yang hanya terletak 400 meter dari kedua-dua laluan. Siapa yang hendak kami percayai dalam masalah ini dan kes yang mana boleh kami pakai? Bukti bertulis telah dikeluarkan oleh JKR Jerantut menunjukkan supaya pengguna dari Taman Kelisa Emas menggunakan laluan Lampu Isyarat persimpangan Taman Perdana untuk keselamatan dan keselesaan. Namun kalau masalah banjir kilat melanda secara tiba-tiba, laluan ini sudah tidak menjadi selamat lagi.
Lebih membimbingkan laluan ini bukan sahaja banjir kilat bahkan gelap gelita pada waktu malam. Jika anda melalui laluan ini seolah-olah anda sedang melalui sebuah terowong yang gelap gelita. Memanglah pengguna yang lalu di kawasan ini akan memasang lampu dan tiada lagi rekod jenayah. Tetapi sila beri satu jaminan kepada pengguna laluan ini supaya apabila berlaku jenayah yang melibatkan maruah dan kematian, boleh tak pihak bertanggungjawab mengundur masa untuk memperbaiki keadaan?
Memang benar kalau pasang lampu jalan sekalipun kalau jenayah hendak berlalu, ia tetap berlaku. Tetapi sekurang-kurangnya ia dapat mengurangkan, mengelak daripada penjenayah merancang kegiatan mereka dan sebagainya. Kata orang, beringat dan berwaspada lebih baik daripada sudah terjadi baru nak bertindak.
Bersabar itu penting, tetapi adakah sabar itu hanya ungkapan bagi orang yang selalu mengharapkan sesuatu dari kebaikan yang dituntut? Beri satu jaminan bahawa setiap apa yang berlaku dapat dikembalikan kepada asal sekiranya tiada tindakal awal yang membawa kebaikan bersama. Bukan untuk mencari salah tetapi untuk menjadi telada bahawa sejak negara merdeka lebih daripada 50 tahun lalu, mengapa kita masih tidak berubah sedangkan sekeliling kita sudah lama dan jauh berubah. Fikirlah, supaya apabila kita berfikir, tindakan kita adalah tindakan akal budi. Fikirlah, supaya orang yang berfikir akan mengambil keputusan berdasarkan hati, bukannya nafsu yang menyesatkan.

No comments:
Post a Comment