Sunday 6 December 2009

SKIM RODAAN SUKARELA TAMAN KELISA

HAMPIR setahun Skim Rodaan Sukarela Rukun Tetangga Taman Kelisa Emas, Jerantut telah diadakan dan berjalan dengan baik. Walaupun tidak semua orang dapat turun kerana beberapa masalah yang tidak dapat dielakkan, namun ia berjalan mengikut jadual yang telah ditetapkan.

Masalah-masalah kecil seperti masalah keluarga, demam, sakit dan tiada dalam kawasan dapat dibantu oleh ahli yang bertugas pada masa itu. Skim ini telah menunjukan kebekesanannya yang baik kerana sejak ia dilancarkan masalah jenayah dapat di atasi. dengan mudah. Semenjak SRS diadakan kejadian pecah rumah tidak pernah ada dan atas komitmen ini jugalah beberapa masalah moral seperti khalwat dapat di bendung. Misalnya, beberapa kes khalwat dalam kawasan ini dapat di atas dengan bijak.

Kerjasama daripada penduduk juga memudahkan urusan terutamanya dari segi keselamatan pendudukan yang lain. Sikap cakna mereka dapat membantu pihak RT bertindak dengan cemerlang. Segala kecurigaan yang tercetus mendapat maklum balas tidak lebih daripada 5 minit dan mereka tidakan dengan segera. Sikap ini harus di puji agar jenayah tidak ada ruang untuk bermaharajalela di taman perumahan ini.

Terima kasih dan syabas diucapkan kepada semua yang terlibat, terutamanya yang selalu turun bertugas tidak kira apa jua keadaan cuaca. Mereka juga seharusnya diberi pujian atas kesungguhan ini. Tanpa mereka rasanya tidak ada orang lain lagi yang sanggup berbuat demikian. Oleh itu, marilah kita bersama-sama menjayakan Skim ini dengan bekerjasama membenteras jenayah yang berlaku di sekeliling kita.

Semoga tahun 2010 kelak, masih ada insan yang sanggup memberi sumbangan yang tidak berbelah bahagi. Tanpa mereka, kesejahteraan penghuni pasti akan terancam. Marilah kita buangkan sikap pentingkan diri sendiri supaya ia membawa berkat bersama. Kalau ada lagi jiran-jiran anda bersikap pentingkan diri sendiri katakan kepada mereka, apa faedahnya hidup seperti kera sombong sedangkan dunia sekeliling memerlukan kita semua untuk bersatu dalam suasana yang harmoni.

Skim ini tidak harus dihentikan apa lagi dibiarkan terkubur tanpa nisan. Bagi mereka yang berkemampuan apa salahnya turun bersama berjaga malam walaupun anda bukan ahli rasmi. Tetapi keahlian untuk SRS masih dibuka kepada mereka yang berminat. Apa salahnya menjadi ahli kalau anda berkemampuan. Tinggallah seketika kehangatan selimut malam demi membuktikan bahawa kita juga warga negara yang bencikan jenayah. Usah biarkan orang lain menjaga keselamatan diri kita sedangkan kita berkeupayaan untuk melindungi bukan sahaja diri sendiri dan keluarga bahkan jiran-jiran dan sahabat kawasan ini. Ayuh kita jayakan Skim ini dan bersama-sama mengganggap tugasan ini sebagai satu ibadah untuk ke akhirat yang lebih selesa.

No comments:

JEJAK ANDA

PAPARAN SEMASA

MENGENAI KAMI

27000 JERANTUT, PAHANG DARUL MAKMUR, Malaysia
JALAN JERANTUT FERI

TAMAN KELISA EMAS

TAMAN KELISA EMAS

Selamat Datang Ke Taman Kelisa Emas, Jerantut

Kami mangalu-alukan penduduk taman ini menyumbangkan idea bagi membangunkan web Taman ini dengan lebih mantap.