Tuesday, 15 December 2009

KERATAN AKHBAR


Hidup berjiran tidak perlu memilih "bulu". Kalau sudah mempunyai kerukunan yang baik, tidak usah kata mengata baik dalam setiap apa jua tindakan kita. Buat sesuatu itu tidak perlu diungkit bahkan tidak perlu diadu damba bahawa sebelum ini itulah jasa kita. Ibarat teguhnya tebing kerana aur.. saling bergantungan. Mengapa perlu kita menanam kebencian kalau setiap apa yang kita buat adalah atas dasar kejujuran.

Kalau hidup sekampung, tidak perlu kita memilih fizikal, kekayaan, kemewahan dan sebagainya sabagai satu syarat untuk mengajak mereka hidup dan bekerja sebagai satu kampung. Sebagai ketua, apakah peranan anda dalam menjayakan aspirasi ini. Kata orang, kalau jadi seorang ketua tetapi hanya untuk menidakan orang lain, lebih baik menguruskan sekandang kerbau. Siapa makan lada dialah yang akan terasa pedasnya.

Dalam cabaran hari ini, tidak semua orang sanggup buat kerja seorang diri. Masyarakat sekeliling menilai kita walaupun kerja yang kita lakukan itu adalah kerja sukarela. Justeru, berbuatlah sesuatu berdasarkan kehendak orang ramai, bukan mencipta puak dalam organisasi sukarela ini. Sesungguhnya yang baik hendaklah didengari, bukan dipekakan telinga. Kalau mencipta sejarah, usahlah disebut orang sampai bila-bila kerana sikap perkauman, pilih bulu, dasar cas kenting, membunuh dari belakang dan sebagainya.

Kalau kita tidak suka kepada seseorang itu sekalipun, kita tidak boleh membunuh hasratnya, kemahuannya, penglibatannya dan lebih-lebih lagi keikhlasnya. Sepatutnya bijaklah membina jambatan keikhlasan sesama kita supaya hidup sekampung akan sentiasa membawa keharmonian. Kita tidak boleh memperlekehkan usaha orang lain. Ingatlah suatu hari nanti, orang lain juga akan perlakukan begitu kepada kita tetapi dalam situasi yang berbeza. Jesteru, hindarlah cara hidup lama yang suka memperlekehkan orang lain dalam urusan kita.

Muafakat membawa berkat. Ibadat dalam kerja kesukarelaan adalah tiket untuk mencipta kejayaan yang lebih cemerlang sebagai warga negara yang cintakan keamanan di dunia dan akhirat. Jika ada kerja kemasyarakatan, ajaklah semua penduduk taman ini turut sama supaya yang ada tidak berasa dipinggirkan. Soal mereka nak datang atau tidak, itu bukan urusan kita. Apa yang sangat penting ialah tanggungjawab kita ialah mengajak atau menyeru supaya mereka hadir itupun sudah memadaii. Manalah tahu dalam ajakan itu terbuka hati mereka untuk menyumbang tenaga dan buah fikiran. Siapa tahu?

Kesimpulannya, kalau hidup bermasyarakat kita tidak perlu bekerja sendirian atau pun hanya dalam puak-puak tertentu sahaja. Binalah sebuah kampung berdasarkan kepada pemuafakatan kerana kita tidak boleh hidup dalam puak-puak kita semata-mata tetapi memerlukan seluruh penghuni bagi menyumbang dalam setiap agenda kemasyaratan. Cuba kita lihat sejenak keratan-keratan akhbar ini. Ini salah satu agenda kemasyarakatan yang perlu penglibatan semua pihak. Kebergantungan kepada setiap apa agenda yang kita salurkan, tidak harus menafikan hak dan kebolehan individu tertentu berdasarkan aspek tertentu atau hanya berdasarkan tanggapan bahawa orang ini tidak boleh. Sedangkan dalam realitinya kita tidak pernah mengajak dan memberi peluang untuk mereka tunjukan kebolehan mereka.




No comments:

JEJAK ANDA

PAPARAN SEMASA

MENGENAI KAMI

27000 JERANTUT, PAHANG DARUL MAKMUR, Malaysia
JALAN JERANTUT FERI

TAMAN KELISA EMAS

TAMAN KELISA EMAS

Selamat Datang Ke Taman Kelisa Emas, Jerantut

Kami mangalu-alukan penduduk taman ini menyumbangkan idea bagi membangunkan web Taman ini dengan lebih mantap.