Tuesday, 15 December 2009

OPERASI TABIKA TAMAN KELISA EMAS [ gambar sebelum mengemas ]

No Rumah yang dijadikan bangunan TABIKA perpaduan Taman Kelisa Emas. Harap-harap ia kelihatan lebih ceria dan cantik selepas kerja-kerja mengemas diadakan.

Banyak barang-barang yang dibawa masuk. Ini adalah sejarah ini. Sebab TABIKA ini baru aje dibawa masuk barang-barang dan perabot. Katanya Januari 2010 nanti akan bermulalah kelas pertama dalam sejarah pembukaannya.

Alamak banyaknya barang dan perabot.. Yalah sebab dahlah barang dan perabot lama dari TABIKA perpaduan dari Kuala Tembeling. Ditambah pula dengan perutukan barang dan perabot baru untuk TABIKA ini. Itu pasallah banyak.

Sedang bersembang setelah penat angkat barang dari lori. Sambil bersembang, minulah sirap dan goreng pisang. Tahniahlah kepada yang menjayakan kerja-kerja ini.

Bukan sahaja berehat sambil minum sirap, bergambar pun boleh ....hehehehe. kalau dah penat rehat ajelah. Malam nantikan terlibat dengan SRS.. Tentu penatkan.. Kan..KanMolek benarlah kalau semua dah ada. Semua dah lengkap. Tunggu masuk pelajar baru aje. Difahamkan terdapat 20 orang lebih murid baru antara 4 hingga 6 tahun yang akan memulakan pembelajaran baru menjelang Januari 2010.

[ P/S : Kalau nak bikin cerita pasal ini, kenapa tak panggil juru gambar dan beri sikit cerita dan maklumat. Ini berdasarkan curi-curi dengar aje. Entah ke betul entah kan tidak. Kalau salah tu, harap dimaafkan. ]

No comments:

JEJAK ANDA

PAPARAN SEMASA

MENGENAI KAMI

27000 JERANTUT, PAHANG DARUL MAKMUR, Malaysia
JALAN JERANTUT FERI

TAMAN KELISA EMAS

TAMAN KELISA EMAS

Selamat Datang Ke Taman Kelisa Emas, Jerantut

Kami mangalu-alukan penduduk taman ini menyumbangkan idea bagi membangunkan web Taman ini dengan lebih mantap.