Banjir Kilat bukanlan satu fenomena yang berlaku pada hujun tahun seperti ini. Ia sebenarnya kerap akan berlaku apabila hujan lebat dan menyebabkan laluan ini dilimpahi air. Semuanya tampak tidak terkawal apabila limpahan ini disebabkan aliran air daripada taman perumah di belah atas, iaitu taman perumah Tahan, Bukit Permai dan beberapa perumahan yang lain. Kadang kala ia membawa bersama sampah sarap dan difahamkan ia juga membawa limpahan najis dari sistem perkumahan yang tidak teratur dari taman-taman perumahan yang dimaksudkan tadi.
Banjir ini menyebabkan laluan ini ditenggelami hampir setengah meter dan menyebabkan kenderaan terkandas kalau melalui. Masalah ini pernah diajukan kepada pihak PBT berkaitan, tetapi masih tidak memberi apa-apa tindak balas. Keadaan semakin buruk dan membimbangkan kalau masalah ini tidak dapat diatasi dengan bijak. Sebenarnya laluan ini seperti longkang besar akibat kedua-dua kawasan kiri dan kanan laluan sepanjang hampir 1KM ini ditambak kira-kira 3 meter bagi kerja-kerja pembangunan.
Air bukan sahaja menyebabkan banjir kilat di persimpangan Taman Perdana tetapi ia juga menyebabkan kerosakan jalan akibat lembapan. Persoalnya, mestikah penduduk laluan ke Taman Perdana menghadapi bahaya ini sedangkan ia menjadi laluan utama keluar masuk dari taman ini. Selamatkah kalau ancaman ini dibiarkan?
Sebenarnya faktor sistem longkang yang sempit dan tidak dibersihkan menyebabkan aliran air tidak lancar. Suasana ini dapat diatasi sekiranya pihak berwajib mengambil tidakan sewajarnya. Kalau kerja-kerja pembersihan dilakukan, ia tidak mengambil masa yang lama pun. Kalau paling lamapun cumalah satu hari. Mestikah pengguna melalui sebatang longkang yang besar dan berbahaya. Air bukan sahaja digunakan untuk membasuh, mandi, minum dan memasak, tetapi ia juga menyebabkan kehilangan nyawa sekiranya kehadirannya dipandang remeh.
No comments:
Post a Comment