Friday, 8 October 2010

SAMBUTAN HARI LAHIR DAN AKTIVITI HARI KELUARGA TABIKA PERPADUAN TAMAN KELISA EMAS

Jawatankuasa Penyelaras Tabika Perpaduan Taman Kelisa Emas telah bermusyuarat dan memutuskan untuk mengadakan aktiviti di atas pada 31 Oktober 2010. Program ini ialah program bersama Rukun Tetangga Taman Kelisa Emas. Antara aktiviti yang dirancangkan ialah sambutan hari jadi bagi murid-murid tabika perpaduan fasa 2 bagi bulan bermula Ogos hingga Disember 2010. Selain daripada itu, aktiviti seperti sukaneka, riadah di kolam renang, jamuan makan malam dan acara santai sambil berkaraoke juga telah diaturkan. Kami jangka kemeriahan ini bertambah dengan kehadiran Tuan Pengarah JPNIN Negeri Pahang pada tarikh dan masa yang kami rancangkan. Bagaimanapun, ia bergantung kepada kesesuai masa dan perubahan. Program pertama kali ini dianjurkan dengan harapan dapat memberi satu tanggapan baru bahawa aktiviti kemasyarakatan harus digerakan bersama-sama bukan dari satu pihak sahaja. Semoga ia menjadi satu platfrom yang berguna dalam merencana aktiviti seterusnya dengan cemerlang.

8 comments:

Taman Kelisa Emas Jerantut said...

Nantikan kemunculannya dengan penuh debaran. Semoga Allah mempermudahkan kerja-kerja yang susah diatas niat fisabililah- Mazlan, Pengerusi JPTP 2010

periwatidesa said...

Salam.syabas pd En Mazlan kerana menjayakan pelbagai aktiviti tm ini.saya terperanjat En Mazlan meletakan jawatan Pen.SU Tmn.En Mazlan tak sepatutnya meletak jawatan itu.yg sepatutnya perlu letak jawatan tu En Zaidi SU TMN.saya nampak beliau tidak memberi kominment yg baik.saya sokong En Mazlan teruskan berjuang nyah Encik Zaidi dari jawatan yg disandang.

Taman Kelisa Emas Jerantut said...

terima kasih atas ucapan itu. Saya kurang senang atas sikap Periwatidesa yang mengeluarkan kata-kata itu terhadap Encik Zaidi. bagi saya ia tidak profesional. Sya meletak jawatan Penolong S/U tersbut bukan kerana ada kepentingan lain.. sy ingin memberi laluan kepada orang yg lebih layak.. dan saya kira mungkin periwatidesa pun boleh memegang jawatan itu. Jangan Nilai seseorang itu dari sudut mata kasar kita tetapi nilailah apa yg sudah dia sumbangkan selama ini. Buat Pengetahuan periwatidesa, encik zaidi ialah rakan yg seiringan dengan saya dalam setiap program.. dialah yang membantu saya, memberi dorongan, memberi idea, cuba lihat program..siapa yang banyak berdiri dengan saya dalam setiap program yang sy buat.. zaidi dan mazlan..mazlan dan zaidi... iklhas..sy harap periwatidesa minta maaf atas kata-kata tadi dan menarik balik perkataan itu. Saya berani mencabar periwatidesa akan perkara ini.. kalau zaidi jugak meletak jawatan, akan lebih lemahlah lagi KRT.. kita tengok nanti.. bagaimanapun saya kurang setuju jika zaidi pun turut sama meletak jawatan.. sy terpaksa mengundur diri dari KRT kerana tidak dapat hendak fokus pada Tabika dan mungkin nanti periwatidesa juga suruh saya NYAH kalau saya tidak dapat fokus pada KRT? tidak begitu?

Anonymous said...

Salam 1 malaysia.. periwatidesa, anda tidak blh mcm tu.. knp nk brmusuhan dgn org.. org bangsa mlaysia cntik bhsnya.. x leh lah sbrgn menilai org tnpa menilai kebaikan yg dia dh bt slmn ini.. berdosa.. sy sokong anda mhn mf kt zaidi sgr. mn tau, mati nnti blm smpt mnt mf dgn en.zaidi..

Anonymous said...

apa kata periwatidesa brbaik sangka dengan semua orang.. tk payah nak tuduh orang tak buat kerja sedangkan periwatidesapun tak mnyumbg apa-2 gak..

Anonymous said...

pada periwatidesa,apa kata pada penggal nanti anda pegang jawatan S.U atau tak pun jawatan Pengerusi KRT Tmn.Sy berasa bangga kerana ada pemimpin seperti anda yg memberi kritikan dan teguran pd tmn ini.tapi yg peliknya kenapa En Zaidi jadi sasarannya.mohon beri perjelasan saya tak faham.sekian.penyokong pendamaian.

Anonymous said...

periwatidesa hanya seekor ayam.. pandai berkokok dari jauh tapi tak reti nak belaga..kalu tgk org sprti tak ada mata ..suka mengkritik tapi tak tahu nak buat kerja ..lets you know.. time to work, not just for tell who is best..

LqCma.. Selamanya said...

Salam,
Buat periwatidesa.. usahlah mencetuskan suasana yang menyebbkan orang lain sakit hati.. Sebagai seorang yang bekerja tanpa balasan, sukarela dan tidak ada kepentingan politik dalam KRT saya rasa tidak wajar tomohan ini dilemparkan.. Berdamailah.. Kalau perkara ini dibawah jauh, mungkin akan merosakan organisasi. Kalau pun ada masalah dengan seseorang itu, usahlah benci orang itu sampai sebegitu sekali. Lihatlah akan jasanya bukan kesalahannya. Kalau ada kesalahanya, berilah peluang untuk memperbaiki keadaan dan usahlah pertikaikan apa yang orang lain buat kalau tidak ada data mengenainya. Kita akan berada dalam dosa yang nyata kalau membuat tomahan tanpa bukti.. Itulah yang diistilahkan sebagai fitnah. Dalam Islam membuat fitnah itu seperti memakan daging saudaranya sendiri. Oleh itu, bertaubatlah atas keterlanjuran kita dan jadikanlah insan terbaik bagi menyokong kerja-kerja amal dalam KRT ini.

Berat mata memandang berat lagi bahu memikul, ringan sama dijinjing, berat sama dipikul, bagai aur dengan tebing, bagaikan segegam lidi, usahkan dipatahkan, dilipat jangan berkesan tidak.. Melihat kesalahan orang lebih mudah, tukar ia menjadi teladan, mencari salah bukanlah payah, mengaku kesalahan lidah kelu, kembalikan keazaman, kerana dari situ, ada jalan yang baik.

Mazlan Che Kob
Admin 1
www.krtkelisaemas.blogspot.com

JEJAK ANDA

PAPARAN SEMASA

MENGENAI KAMI

27000 JERANTUT, PAHANG DARUL MAKMUR, Malaysia
JALAN JERANTUT FERI

TAMAN KELISA EMAS

TAMAN KELISA EMAS

Selamat Datang Ke Taman Kelisa Emas, Jerantut

Kami mangalu-alukan penduduk taman ini menyumbangkan idea bagi membangunkan web Taman ini dengan lebih mantap.