22 MAC 2013 -Sepanjang beberapa hari ini, pasukan bola jaring Jiran Wanita tampak begitu bersungguh berlatih. Boleh dikatakan pada setiap petang mereka turun berlatih untuk memastikan dapat keserasian dan team yang bersefahaman. Selain dari itu, mereka juga berlatih bagi memperkemaskan barisan serangan disamping beberapa tektikal serangan bagi memastikan satu kemenangan yang sangat bermakna.
Keadaan cuaca yang baik hingga ke petang, dapat melacarkan lagi latihan yang terdiri daripada Jiran Wanita dikalangan para ibu dan remaja. Semoga kesungguhan ini membuahkan hasil yang sangat diperlukan. Bagi kami sebagai penyokong pasukan ini, kemenagan adalah hadiah terbaik. Namun yang lebih penting ialah kesungguhan, kesefahaman, dan silaturahim telah pun wujud sejak perbincangan menubuhkan team ini. Kami mendoakan satu pencaiapaian yang baik kepada pasukan ini khasnya, kejayaan bersama amnya.
Turut hadir menyaksikan sesi latihan petang tadi ialah Encik Hisham, Pengerusi KRT bagi memberi sokongan moral. Semoga dengan cara ini, Team Bola Jaring Jiran Wanita KRT Kelisa Emas dapat memberi satu persembahan yang bukan sahaja menghiburkan, malah satu persembahan yang berkuali dengan jaringan-jaringan kemenangan. Sesi latihan petang tadi juga juga mempraktikan beberapa tektikal serangan yang boleh menumpaskan pasukan lawan seterusnya membuat jaringan mata yang berharga. Tahniah diucapkan kepada pasukan ini yang bukan sahaja telah berjaya menubuhkan pasukan yang mantap, malah juga membuktikan bahawa, jika bersatu kita bukan sahaja menumpaskan musuh, malah musuh tidak akan mendampingki kita. Semoga ada lebih kebaikan yang bukan sahaja dilihat digelanggan perlawanan atau latihan, tetapi akan membawanya dalam satu ukwah yang jelas dan jitu.
PHOTO & TEKS BY : mazlqan@yahoo.com
Bersedia untuk menggempur... Tidak mungkin pasukan ini menyerah kalah dengan mudah. Semoga tektikal yang disusun dan dipratikan dalam sesi latihan, membuahkan hasil seadanya.
Kesungguhan para pemain dari Jiran Wanita kali ini mampu mengubah perpeksi negatif bahawa penglibatan mereka tidak wujud. Malah gembelingan antara yang baru dan lama, akan memberi saingan serta membuahkan hasil seperti apa yang anda lihat hari ini. Diharapkan suara-suara sumbang tidak lagi kedengaran kerana kesungguhan Team Jiran Wanita ini berjaya menubuhkan pasukan yang mampu memberi saingan kepada pasukan yang menyertai pertandingan ini. Semoga terus cemerlang.
4 comments:
semoga berjaya..manalah tau dapat jadi wakil zon,daerah,negeri,olympic..
Terima kasih tuan megatganu.. bukan mudah nak mencipta kejayaan kalau tidak ada sokongan daripada semua pihak.. mana tau boleh sampai olympic walaupun sebagai budak MILO..
kalaunak nak bertanding baru nak berlatih tak payaaaaaalah menyakit kan badan aja!!!!!
positiflah sikit
Post a Comment