Saturday, 31 October 2015

SUKANEKA TAMAN KELISA EMAS 2015

31 OKTOBER 2015 - SABTU- Catatan KRT Taman Kelisa Emas (TKEJ) Edisi kali ini membuka tirai dengan acara sukaneka yang dijalankan seawal 7.30 pagi. Acara dimulakan dengan senamrobik yang diterajui oleh 3 orang wakil penduduk. Mereka terdiri daripada pegawai kesihatan daerah Jerantut yang tinggal di kawasan perumahan ini. Komitmen ini sangat bermakna dan aktiviti ini mendapat sambutan yang sangat baik. Terima kasih dirakamkan kepada yang terlibat dalam menjayakan aktiviti senamrobik ini.

Semoga acara ini menjadi acara tahunan dan mendapat sambutan lebih memberangsangkan lagi daripada penduduk. Sesungguhnya inilah rumah kita, kampung kita, budaya kita dan tanah tumpah darah kita.





Banyak acara yang diadakan. Tampak bersemangat para kanak-kanak untuk menyertainya. Tahun ini fokus utama ialah kepada anak-anak penduduk dan dirancangkan pada tahun 2016,  baharulah diperluaskan kepada semua penduduk. Kami juga mengucapkan terima kasih di atas kehadiran wakil Pegawai Perpaduan Daerah, Cik Farah.




Semoga aktiviti ini dapat menyambung silaturahim sesama penduduk dan menjadikan ia sebagai jambatan ukwah yang diharapkan. Jadikan yang baik itu sebagai teladan dan yang buruk itu sesuatu yang perlu kita perbaiki di masa-masa akan datang. Teruskan budaya cemerlang agar jasa dan pengorbanan kita dikenang dan diberkati oleh Allah.


Saturday, 10 October 2015

EDISI BAHARU JAWATANKUASA BERTINDAK KRT TAMAN KELISA EMAS, JERANTUT 2015

10 Oktober 2015- SEJARAH baharu kembali terukir apabila senarai Ahli Jawatankuasa Kawasan Rukun Tetangga Taman Kelisa Emas kembali digerakan setelah hampir 10 bulan tidak aktif. Ini disebabkan beberapa masalah dalaman yang berlaku dan tidak ada usaha-usaha menyelamat dijalankan. Bagaimanapun, setelah campur tangan pihak Perpaduan daerah yang diusahakan oleh Encik Kamal dan Cik Farah, KRT TKEJ kembali bernafas. Manakala perlantikan Encik Mazlan Che Kob diharapkan dapat memberi impak kepada aktiviti-aktiviti KRT. Sesungguhnya sesuatu yang baik itu harus diteruskan dan diwarisi agar penglibatan komuniti TKEJ mendapat sambutan yang sentiasa berseri.

[ ] Turut hadir dalam mesyuarat kali ini ialah mantan KRT, Encik Hisham Malek

  
[ ] Diharapkan dengan kembalinya Encik Zaidi ke dalam barisan AJK yang baharu sebagai Setiausaha, dapat memberi impak yang sangat baik kepada keaktifan KRT TKEJ.
 
 Mesyuarat pertama bagi perlantikan Pengerusi KRT yang baharu telah membincangkan aktiviti pertama, iaitu untuk mengadakan acara SUKANEKA. Tujuan acara ini diadakan ialah untuk mengembalikan keyakinan dan kepercayaan penduduk kepada kehadiran KRT. Ia dirancangkan untuk diadakan pada 24 Oktober 2015 dan pelbagai acara akan diadakan.

Selain itu, dikesempatan ini juga pasukan petugas SRS terus mengadakan rondaan pertama bagi memastikan kehadiran mereka dalam komuniti ini dirasai. Mula bertugas dari jam 11 malam sejurus selepas mesyuarat KRT ditangguh. Kehadirannya sangat memberangsangkan dan diharapkan ia berteruskan pada hari-hari akan datang. Tahniah dan syabas diucapkan kepada semua yang terlibat dan menjayakan aktiviti SRS pada malam ini. Komitmen ini suatu tanda kecemerlangan yang harus diteruskan sampai bila-bila.

" Saya berharap mendapat kerjasama daripada semua ahli mesyuarat kerana perlantikan saya kali ini bukanlah suatu yang saya sukai. Saya lebih suka berada dalam barisan AJK kerana saya suka bekerja dan menjayakan aktiviti bersama. Namun setelah memikirkan KRT TKEJ ini berada kemalapan, saya berasa bertanggungjawab dan bersedia membantu agar ia kembali seperti selalu, iaitu ceria, indah, cemerlang dan sentiasa aktif. Justeru, saya menuntut agar semua AJK yang lain, iaitu yang melantik saya memberi sokongan padu, bukannya melemparkan kutuk, kritikan dan mencemuh saya  atas kelemahan kepimpinan ini. Saya juga berterima kasih kepada Jabatan Perpaduan Daerah yang memberi perhatian khusus. Semoga komitmen yang diberikan oleh semua pihak dapat menyelamatkan KRT TKEJ. " ujur Pengerusi baharu, Encik Mazlan. Semoga KRT dan SRS TKEJ sentiasa bervisi dan ceria.

MESYUARAT AHLI JAWATANKUASA KALI KE-4 KRT TAMAN KELISA EMAS

SEMUA AHLI DIJEMPUT HADIR. Berikut adalah salinan surat panggil ke mesyuarat tersebut.

JEJAK ANDA

PAPARAN SEMASA

MENGENAI KAMI

27000 JERANTUT, PAHANG DARUL MAKMUR, Malaysia
JALAN JERANTUT FERI

TAMAN KELISA EMAS

TAMAN KELISA EMAS

Selamat Datang Ke Taman Kelisa Emas, Jerantut

Kami mangalu-alukan penduduk taman ini menyumbangkan idea bagi membangunkan web Taman ini dengan lebih mantap.