Saturday 10 October 2015

EDISI BAHARU JAWATANKUASA BERTINDAK KRT TAMAN KELISA EMAS, JERANTUT 2015

10 Oktober 2015- SEJARAH baharu kembali terukir apabila senarai Ahli Jawatankuasa Kawasan Rukun Tetangga Taman Kelisa Emas kembali digerakan setelah hampir 10 bulan tidak aktif. Ini disebabkan beberapa masalah dalaman yang berlaku dan tidak ada usaha-usaha menyelamat dijalankan. Bagaimanapun, setelah campur tangan pihak Perpaduan daerah yang diusahakan oleh Encik Kamal dan Cik Farah, KRT TKEJ kembali bernafas. Manakala perlantikan Encik Mazlan Che Kob diharapkan dapat memberi impak kepada aktiviti-aktiviti KRT. Sesungguhnya sesuatu yang baik itu harus diteruskan dan diwarisi agar penglibatan komuniti TKEJ mendapat sambutan yang sentiasa berseri.

[ ] Turut hadir dalam mesyuarat kali ini ialah mantan KRT, Encik Hisham Malek

  
[ ] Diharapkan dengan kembalinya Encik Zaidi ke dalam barisan AJK yang baharu sebagai Setiausaha, dapat memberi impak yang sangat baik kepada keaktifan KRT TKEJ.
 
 Mesyuarat pertama bagi perlantikan Pengerusi KRT yang baharu telah membincangkan aktiviti pertama, iaitu untuk mengadakan acara SUKANEKA. Tujuan acara ini diadakan ialah untuk mengembalikan keyakinan dan kepercayaan penduduk kepada kehadiran KRT. Ia dirancangkan untuk diadakan pada 24 Oktober 2015 dan pelbagai acara akan diadakan.

Selain itu, dikesempatan ini juga pasukan petugas SRS terus mengadakan rondaan pertama bagi memastikan kehadiran mereka dalam komuniti ini dirasai. Mula bertugas dari jam 11 malam sejurus selepas mesyuarat KRT ditangguh. Kehadirannya sangat memberangsangkan dan diharapkan ia berteruskan pada hari-hari akan datang. Tahniah dan syabas diucapkan kepada semua yang terlibat dan menjayakan aktiviti SRS pada malam ini. Komitmen ini suatu tanda kecemerlangan yang harus diteruskan sampai bila-bila.

" Saya berharap mendapat kerjasama daripada semua ahli mesyuarat kerana perlantikan saya kali ini bukanlah suatu yang saya sukai. Saya lebih suka berada dalam barisan AJK kerana saya suka bekerja dan menjayakan aktiviti bersama. Namun setelah memikirkan KRT TKEJ ini berada kemalapan, saya berasa bertanggungjawab dan bersedia membantu agar ia kembali seperti selalu, iaitu ceria, indah, cemerlang dan sentiasa aktif. Justeru, saya menuntut agar semua AJK yang lain, iaitu yang melantik saya memberi sokongan padu, bukannya melemparkan kutuk, kritikan dan mencemuh saya  atas kelemahan kepimpinan ini. Saya juga berterima kasih kepada Jabatan Perpaduan Daerah yang memberi perhatian khusus. Semoga komitmen yang diberikan oleh semua pihak dapat menyelamatkan KRT TKEJ. " ujur Pengerusi baharu, Encik Mazlan. Semoga KRT dan SRS TKEJ sentiasa bervisi dan ceria.

No comments:

JEJAK ANDA

PAPARAN SEMASA

MENGENAI KAMI

27000 JERANTUT, PAHANG DARUL MAKMUR, Malaysia
JALAN JERANTUT FERI

TAMAN KELISA EMAS

TAMAN KELISA EMAS

Selamat Datang Ke Taman Kelisa Emas, Jerantut

Kami mangalu-alukan penduduk taman ini menyumbangkan idea bagi membangunkan web Taman ini dengan lebih mantap.