Thursday, 17 December 2015
Saturday, 21 November 2015
ADUAN PENDUDUK TELAH DILANCARKAN
Penduduk Taman Kelisa Emas, Jerantut boleh membuat sebarang aduan untuk dimajukan kepada agensi terbabit. Mudahan dengan aduan ini, ia dapat menyelesaikan masalah yang dihadapi. Aduan yang disalurkan ini hanya bersifat pertolongan kecil bagi membantu penduduk membuat aduan melalui KRT. Diharapkan ia dapat beroperasi dengan baik dan membantu penduduk menyelesaikan masalah yang timbul.
Sila klik pada pautan dibawah untuk membuat aduan
ADUAN PENDUDUK TAMAN KELISA EMAS SAHAJA
Anda juga boleh scan melalui kemudahan telefon ...
MAZLAN CHE KOB
PENGERUSI KRT SEMENTARA
22 November 2015
Sila klik pada pautan dibawah untuk membuat aduan
ADUAN PENDUDUK TAMAN KELISA EMAS SAHAJA
Anda juga boleh scan melalui kemudahan telefon ...
MAZLAN CHE KOB
PENGERUSI KRT SEMENTARA
22 November 2015
Saturday, 31 October 2015
SUKANEKA TAMAN KELISA EMAS 2015
31 OKTOBER 2015 - SABTU- Catatan KRT Taman Kelisa Emas (TKEJ) Edisi kali ini membuka tirai dengan acara sukaneka yang dijalankan seawal 7.30 pagi. Acara dimulakan dengan senamrobik yang diterajui oleh 3 orang wakil penduduk. Mereka terdiri daripada pegawai kesihatan daerah Jerantut yang tinggal di kawasan perumahan ini. Komitmen ini sangat bermakna dan aktiviti ini mendapat sambutan yang sangat baik. Terima kasih dirakamkan kepada yang terlibat dalam menjayakan aktiviti senamrobik ini.
Semoga acara ini menjadi acara tahunan dan mendapat sambutan lebih memberangsangkan lagi daripada penduduk. Sesungguhnya inilah rumah kita, kampung kita, budaya kita dan tanah tumpah darah kita.
Banyak acara yang diadakan. Tampak bersemangat para kanak-kanak untuk menyertainya. Tahun ini fokus utama ialah kepada anak-anak penduduk dan dirancangkan pada tahun 2016, baharulah diperluaskan kepada semua penduduk. Kami juga mengucapkan terima kasih di atas kehadiran wakil Pegawai Perpaduan Daerah, Cik Farah.
Semoga aktiviti ini dapat menyambung silaturahim sesama penduduk dan menjadikan ia sebagai jambatan ukwah yang diharapkan. Jadikan yang baik itu sebagai teladan dan yang buruk itu sesuatu yang perlu kita perbaiki di masa-masa akan datang. Teruskan budaya cemerlang agar jasa dan pengorbanan kita dikenang dan diberkati oleh Allah.
Semoga acara ini menjadi acara tahunan dan mendapat sambutan lebih memberangsangkan lagi daripada penduduk. Sesungguhnya inilah rumah kita, kampung kita, budaya kita dan tanah tumpah darah kita.
Banyak acara yang diadakan. Tampak bersemangat para kanak-kanak untuk menyertainya. Tahun ini fokus utama ialah kepada anak-anak penduduk dan dirancangkan pada tahun 2016, baharulah diperluaskan kepada semua penduduk. Kami juga mengucapkan terima kasih di atas kehadiran wakil Pegawai Perpaduan Daerah, Cik Farah.
Semoga aktiviti ini dapat menyambung silaturahim sesama penduduk dan menjadikan ia sebagai jambatan ukwah yang diharapkan. Jadikan yang baik itu sebagai teladan dan yang buruk itu sesuatu yang perlu kita perbaiki di masa-masa akan datang. Teruskan budaya cemerlang agar jasa dan pengorbanan kita dikenang dan diberkati oleh Allah.
Saturday, 10 October 2015
EDISI BAHARU JAWATANKUASA BERTINDAK KRT TAMAN KELISA EMAS, JERANTUT 2015
10 Oktober 2015- SEJARAH baharu kembali terukir apabila senarai Ahli Jawatankuasa Kawasan Rukun Tetangga Taman Kelisa Emas kembali digerakan setelah hampir 10 bulan tidak aktif. Ini disebabkan beberapa masalah dalaman yang berlaku dan tidak ada usaha-usaha menyelamat dijalankan. Bagaimanapun, setelah campur tangan pihak Perpaduan daerah yang diusahakan oleh Encik Kamal dan Cik Farah, KRT TKEJ kembali bernafas. Manakala perlantikan Encik Mazlan Che Kob diharapkan dapat memberi impak kepada aktiviti-aktiviti KRT. Sesungguhnya sesuatu yang baik itu harus diteruskan dan diwarisi agar penglibatan komuniti TKEJ mendapat sambutan yang sentiasa berseri.
[ ] Turut hadir dalam mesyuarat kali ini ialah mantan KRT, Encik Hisham Malek
[ ] Diharapkan dengan kembalinya Encik Zaidi ke dalam barisan AJK yang baharu sebagai Setiausaha, dapat memberi impak yang sangat baik kepada keaktifan KRT TKEJ.
Mesyuarat pertama bagi perlantikan Pengerusi KRT yang baharu telah membincangkan aktiviti pertama, iaitu untuk mengadakan acara SUKANEKA. Tujuan acara ini diadakan ialah untuk mengembalikan keyakinan dan kepercayaan penduduk kepada kehadiran KRT. Ia dirancangkan untuk diadakan pada 24 Oktober 2015 dan pelbagai acara akan diadakan.
Selain itu, dikesempatan ini juga pasukan petugas SRS terus mengadakan rondaan pertama bagi memastikan kehadiran mereka dalam komuniti ini dirasai. Mula bertugas dari jam 11 malam sejurus selepas mesyuarat KRT ditangguh. Kehadirannya sangat memberangsangkan dan diharapkan ia berteruskan pada hari-hari akan datang. Tahniah dan syabas diucapkan kepada semua yang terlibat dan menjayakan aktiviti SRS pada malam ini. Komitmen ini suatu tanda kecemerlangan yang harus diteruskan sampai bila-bila.
" Saya berharap mendapat kerjasama daripada semua ahli mesyuarat kerana perlantikan saya kali ini bukanlah suatu yang saya sukai. Saya lebih suka berada dalam barisan AJK kerana saya suka bekerja dan menjayakan aktiviti bersama. Namun setelah memikirkan KRT TKEJ ini berada kemalapan, saya berasa bertanggungjawab dan bersedia membantu agar ia kembali seperti selalu, iaitu ceria, indah, cemerlang dan sentiasa aktif. Justeru, saya menuntut agar semua AJK yang lain, iaitu yang melantik saya memberi sokongan padu, bukannya melemparkan kutuk, kritikan dan mencemuh saya atas kelemahan kepimpinan ini. Saya juga berterima kasih kepada Jabatan Perpaduan Daerah yang memberi perhatian khusus. Semoga komitmen yang diberikan oleh semua pihak dapat menyelamatkan KRT TKEJ. " ujur Pengerusi baharu, Encik Mazlan. Semoga KRT dan SRS TKEJ sentiasa bervisi dan ceria.
Sunday, 23 August 2015
Tuesday, 14 July 2015
Tuesday, 7 July 2015
Monday, 15 June 2015
Selamat Datang Ramadhan Al-Mubarak 2015
Semoga Ramadhan tahun ini diraikan dengan penuh ceria. Amalan-amalan kebaikan di bulan mulia ini disemarakkan pada setiap masa. Hidupkan amalan-amalan sunat dan tingkatkan amalan wajib.Semoga Allah limpahkan kurniaNya pada seisi keluarga dan bertambah utuh silaturahim penduduk taman perumahan ini.
Friday, 12 June 2015
Saturday, 6 June 2015
RAIKAN CINTA ROZIERA & MUZAFAR 6 JUN 2015
Tahniah diucapkan kepada MOHD ZAKIR BIN ABDUL SHUKUR DAN ZAILANI BINTI ISMAIL kerana mendapat menantu pada MAJLIS RAIKAN CINTA DI KEDIAMAN NO 87 TAMAN KELISA EMAS, JERANTUT antara Roziera Binti Mohd Zakir dengan MUZAFAR BIN MOHAMAD NOOR pada hari ini SABTU, 6 JUN 2015, BERSAMAAN 18 SYAABAN 1436 HIJRAH. Semoga berkekalan hingga ke hujung Nyawa dan ke JANNAH... DARI PADA KRT KELISA EMAS, JERANTUT...
Saturday, 30 May 2015
Friday, 22 May 2015
Thursday, 14 May 2015
Friday, 27 March 2015
Selamat Kembali
Selamat kembali barisan Staf Pengurusan KRT Taman Kelisa Emas yang selama ini difahamkan tidak dapat beroperasi dengan baik. Ini disebabkan beberapa masalah dalaman yang tidak dapat diatasi. Namun berkat kersungguhan semua pihak, keprihatinan semua, maka ia dapat beroperasi semula. Mudahan cabaran yang bakal dihadapi dapat ditangani dengan baik dan sempurna. Syabas diucapkan kepada semua yang terlibat dalam misi menyelamat ini. Kembalikan situasi terbaik dalam menjayakan aktiviti taman ini seperti sebelum ini yang sangat meriah, cemerlang dan diingati. Teruskan usaha yang murni ini sehingga berjaya menjadi yang terbaik.
Saturday, 21 March 2015
Sunday, 15 March 2015
Tuesday, 10 February 2015
Menjelang hari raya
Kami mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan selamat tahun baru cina dan mendoakan agar tahun baru ini membawa berkat, panjang umur, murah rezeki dan hidup aman damai. Malaysia tanah tumpah darah kita, kita sayang bumi bertuah ini dan marilah kita sama-sama menjaganya sampai bila-bila.
Saturday, 7 February 2015
Harga barang tidak sama dengan harga minyak
Diharap semua pihak berganding bahu untuk turut sama memainkan peranan ekonomi demi kesejahteraan semua. Pengguna mendapat manfaat daripada harga minyak turun dan manakala peniaga pula turut sama menurunkan harga barang. Jika kita saling memahami, sudah tentu kesejahteraan adalah milik bersama. Kami KRT Kelisa Emas, Jerantut menyokong usaha kerajaan menurunkan harga minyak dan peniaga menurunkan harga barang. Marilah kita sama-sama membuktikan bahawa kita semua selari dengan kerajaan untuk kepentingan bersama.
Monday, 2 February 2015
ENJOY WITH YOUR CHINESE NEW YEAR
Selamat tahun baru Cina pada 19-20 Februari 2015 kepada semua masyarakat Cina. Kukuhkan perpaduan dan sayangilah negera tercina ini. Malaysia Tanah Tumpah Darah Kita. Semoga membawa tuah.
Saturday, 24 January 2015
Program, aktiviti Rukun Tetangga perlu diperluas
25 Januari 2015 2:01 AM
25 Januari 2015 2:01 AM
KOTA
KINABALU 24 Jan. – Tan Sri Muhyiddin Yassin menyarankan agar program dan
aktiviti Rukun Tetangga diperluaskan bagi melaksanakan pelbagai aktiviti
masyarakat yang menjurus kepada kegiatan ekonomi.
Jelas
Timbalan Perdana Menteri, apabila dilaksanakan, aktiviti seperti itu berupaya
melahirkan usahawan kecil serta menyediakan tenaga kerja yang berkualiti kepada
masyarakat.
Malah
jelasnya, ini sekali gus dapat membantu menjana ekonomi penduduk setempat dan
sedikit sebanyak memantapkan fungsi serta peranan Rukun Tetangga pada alaf
baharu ini.
"Sehingga
Januari ini, terdapat kira-kira 7,137 unit Kawasan Rukun Tetangga dengan
seramai 178,425 orang ahli jawatankuasanya.
"Ini
kalau digembleng atau diperluaskan bagi melaksanakan kegiatan ekonomi akan
berupaya melahirkan usahawan atau menjana tenaga kerja. Pada alaf baharu ini
kita mahu fungsi dan peranan Rukun Tetangga diperluaskan," katanya.
Beliau
berkata demikian ketika berucap sempena Anugerah Perdana Rukun Tetangga 2014
anjuran Jabatan Perpaduan Negara dan Integrasi Nasional di Dewan Bankuasi,
Dewan Undangan Negeri (DUN) di sini hari ini.
Yang
turut hadir Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Tan Sri Joseph Kurup; Menteri
Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Datuk Abdul Rahman Dahlan;
Yang Dipertua Dewan Rakyat, Tan Sri Pandikar Amin Mulia dan Ketua Menteri,
Datuk Seri Musa Aman.
Muhyiddin
berkata, selain mengembangkan peranan Rukun Tetangga, aspek keselamatan
merupakan antara isu utama yang perlu diberikan perhatian dalam menjamin
keharmonian dan kesejahteraan dalam sesebuah negara.
"Oleh
itu, penubuhan Rukun Tetangga merupakan antara kaedah yang dikenal pasti paling
berkesan dalam menjamin tahap keselamatan sesuatu komuniti. Dengan adanya
aktiviti rondaan Rukun Tetangga, kita yakin masalah jenayah dan masalah sosial
akan dapat ditangani di samping mewujudkan hubungan perpaduan," ujarnya.
Menurutnya,
kerajaan juga telah mengambil pelbagai langkah untuk memastikan nilai dan
semangat perpaduan dalam komuniti dapat terus dipelihara tanpa diganggu-gugat
pihak tidak bertanggungjawab yang cuba menimbulkan suasana tidak tenteram.
- See more at:
http://www.utusan.com.my/berita/nasional/program-aktiviti-rukun-tetangga-perlu-diperluas-1.52135#sthash.DxTTZzkQ.dpuf
KOTA
KINABALU 24 Jan. – Tan Sri Muhyiddin Yassin menyarankan agar program
dan aktiviti Rukun Tetangga diperluaskan bagi melaksanakan pelbagai
aktiviti masyarakat yang menjurus kepada kegiatan ekonomi.
Jelas Timbalan Perdana Menteri, apabila
dilaksanakan, aktiviti seperti itu berupaya melahirkan usahawan kecil
serta menyediakan tenaga kerja yang berkualiti kepada masyarakat.
Malah jelasnya, ini sekali gus dapat membantu menjana ekonomi penduduk setempat dan sedikit sebanyak memantapkan fungsi serta peranan Rukun Tetangga pada alaf baharu ini.
"Sehingga Januari ini, terdapat kira-kira 7,137 unit Kawasan Rukun Tetangga dengan seramai 178,425 orang ahli jawatankuasanya.
"Ini kalau digembleng atau diperluaskan bagi melaksanakan kegiatan ekonomi akan berupaya melahirkan usahawan atau menjana tenaga kerja. Pada alaf baharu ini kita mahu fungsi dan peranan Rukun Tetangga diperluaskan," katanya.
Beliau berkata demikian ketika berucap sempena Anugerah Perdana Rukun Tetangga 2014 anjuran Jabatan Perpaduan Negara dan Integrasi Nasional di Dewan Bankuasi, Dewan Undangan Negeri (DUN) di sini hari ini.
Yang turut hadir Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Tan Sri Joseph Kurup; Menteri Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Datuk Abdul Rahman Dahlan; Yang Dipertua Dewan Rakyat, Tan Sri Pandikar Amin Mulia dan Ketua Menteri, Datuk Seri Musa Aman.
Muhyiddin berkata, selain mengembangkan peranan Rukun Tetangga, aspek keselamatan merupakan antara isu utama yang perlu diberikan perhatian dalam menjamin keharmonian dan kesejahteraan dalam sesebuah negara.
"Oleh itu, penubuhan Rukun Tetangga merupakan antara kaedah yang dikenal pasti paling berkesan dalam menjamin tahap keselamatan sesuatu komuniti. Dengan adanya aktiviti rondaan Rukun Tetangga, kita yakin masalah jenayah dan masalah sosial akan dapat ditangani di samping mewujudkan hubungan perpaduan," ujarnya.
Menurutnya, kerajaan juga telah mengambil pelbagai langkah untuk memastikan nilai dan semangat perpaduan dalam komuniti dapat terus dipelihara tanpa diganggu-gugat pihak tidak bertanggungjawab yang cuba menimbulkan suasana tidak tenteram.
- See more at:
http://www.utusan.com.my/berita/nasional/program-aktiviti-rukun-tetangga-perlu-diperluas-1.52135#sthash.DxTTZzkQ.dpufMalah jelasnya, ini sekali gus dapat membantu menjana ekonomi penduduk setempat dan sedikit sebanyak memantapkan fungsi serta peranan Rukun Tetangga pada alaf baharu ini.
"Sehingga Januari ini, terdapat kira-kira 7,137 unit Kawasan Rukun Tetangga dengan seramai 178,425 orang ahli jawatankuasanya.
"Ini kalau digembleng atau diperluaskan bagi melaksanakan kegiatan ekonomi akan berupaya melahirkan usahawan atau menjana tenaga kerja. Pada alaf baharu ini kita mahu fungsi dan peranan Rukun Tetangga diperluaskan," katanya.
Beliau berkata demikian ketika berucap sempena Anugerah Perdana Rukun Tetangga 2014 anjuran Jabatan Perpaduan Negara dan Integrasi Nasional di Dewan Bankuasi, Dewan Undangan Negeri (DUN) di sini hari ini.
Yang turut hadir Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Tan Sri Joseph Kurup; Menteri Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Datuk Abdul Rahman Dahlan; Yang Dipertua Dewan Rakyat, Tan Sri Pandikar Amin Mulia dan Ketua Menteri, Datuk Seri Musa Aman.
Muhyiddin berkata, selain mengembangkan peranan Rukun Tetangga, aspek keselamatan merupakan antara isu utama yang perlu diberikan perhatian dalam menjamin keharmonian dan kesejahteraan dalam sesebuah negara.
"Oleh itu, penubuhan Rukun Tetangga merupakan antara kaedah yang dikenal pasti paling berkesan dalam menjamin tahap keselamatan sesuatu komuniti. Dengan adanya aktiviti rondaan Rukun Tetangga, kita yakin masalah jenayah dan masalah sosial akan dapat ditangani di samping mewujudkan hubungan perpaduan," ujarnya.
Menurutnya, kerajaan juga telah mengambil pelbagai langkah untuk memastikan nilai dan semangat perpaduan dalam komuniti dapat terus dipelihara tanpa diganggu-gugat pihak tidak bertanggungjawab yang cuba menimbulkan suasana tidak tenteram.
Wednesday, 14 January 2015
KOTA BHARU: Jabatan Perpaduan Negara dan Integrasi Nasional (JPNIN)
menyarankan Kawasan Rukun Tetangga (KRT) di seluruh negara menganjurkan
program yang mampu menjana pendapatan isi rumah.
Ketua Pengarah JPNIN, L Gandesan, berkata program yang berasaskan
ekonomi itu mampu mengurangkan beban kemiskinan pada peringkat akar
umbi.
"Kita galakkan program dan aktiviti yang dapat beri pendapatan
terhadap isi rumah dan ia dapat kurangkan beban kemiskinan pada
peringkat akar umbi," katanya kepada pemberita selepas merasmikan majlis
sambutan Minggu Perpaduan Peringkat Negeri Kelantan Tahun 2014 di sini,
malam tadi.
Turut hadir Ketua Polis Kelantan, Datuk Mazlan Lazim dan Pengarah JPNIN Kelantan, Safidah Abu Samah.
Gandesan berkata, sehingga kini terdapat lebih 7,000 KRT di seluruh
negara. Beliau berkata, kewujudan KRT masih relevan meskipun terdapat
pelbagai organisasi yang telah ditubuhkan badan bukan kerajaan (NGO).
"KRT mula ditubuhkan pada 1975 dan sampai sekarang masih aktif dan
relevan sebab struktur organisasi yang cantik dan mereka mentadbir
secara tersusun,"katanya.
Gandesan berkata, setiap KRT di seluruh negara juga disaran
mewujudkan pasukan Inovatif Jiran Muda kerana ia dapat menerapkan nilai
murni dalam kalangan masyarakat.
"Semua Rukun Tetangga kita galakkan buat program berdasarkan
kreativiti dan inovasi sebab anak muda kalau diberi peluang mampu buat
inovasi atau kreativiti yang lebih baik," katanya.
Sebelum ini, JPNIN memperkenalkan Pasukan Inovatif Jiran Muda di mana
ia mampu meningkatkan daya kreatif golongan belia selain mengukuhkan
lagi perpaduandi negara ini. - BERNAMA
Monday, 12 January 2015
Generasi Kita Harus Dilindungi ...
Penularan budaya tidak sihat dan tidak bermaruah seperti ini harus dihentikan. KRT Kelisa Emas muktamad untuk menolak budaya ini dan mahukan ia dihentikan segera. Mohon pihak berkuasa lebih tegas dalam menangani perkara ini serta memberi fokus kepada pembentukan genarasi yang lebih bermaruah selaras perkembangan semasa. Kami KRT Kelisa Emas menyokong dan berdiri teguh bersama-sama kerajaan dalam menangani gejala yang tidak bermaruah ini.
Thursday, 8 January 2015
MENJALINKAN KOMUNITI BERKESAN..BERKOMUNIKASI, BEBAS DENGGI, BEBAS WABAK E-COLI
Aduan berkaitan longkang tersumbat dan limpahan air limbah yang berlaku di Lorong Kelisa Emas 1, Taman Kelisa Emas telah dibuat sebelum ini. Mohon tindak segera bagi mengatasi perkara ini dari terus berlaku yang boleh;
1. Menyebabkan penyebaran penyakit melalui bawaan air seperti e-coli.
2. Pembiakan nyamuk Aedis
3. Kerosakan jalan
4. Pencemaran air limbah yang sudah melimpah hingga melibatkan hampir 20 buah kediaman.
5. Pengumpulan sisa makan dan sampah tempat pembiakan nyamuk, lipas, lalat dan binatang berbisa.
[] Implikasi
Runtuhan tanah mengakibatkan longkang tersumbat
[] Sosial
Dengan ada laluan tar antara taman bukit permai dapat menghubungkan dua taman ini dan taman-taman perumahan yang lain memandangkan taman ini terasing dan laluan penduduk untuk menghantar anak ke TABIKA di Taman Kelisa Emas. Mohon kemudahan ini menjadi pemangkin ekonomi kedua-dua perumahan ini. Laluan tikus yang wujud sangat berbahaya kepada ibubapa yang menghantar dan menjemput anak pulang dari TABIKA Taman Kelisa Emas.
[] Cadangan
Membina lalu ke Taman Bukit Permai ke Kelisa Emas bagi memudahkan kerja-kerja selenggara yang kini telah menjadi semak.
Punca utama air tersebut mengalir tidak melalui longkang ialah terdapat runtuhan tebing serta sampah sarap yang dibawa bersama dari taman perumah di atas.
Lorong Taman Kelisa Emas 1 yang terjejas teruk dalam kes ini. Penduduk juga mengadu tidak tahan menghidu bau busuk dari limpahan air limbah ini.
Beginilah situasi dan ia lebih memburukkan lagi keadaan apabila hujan. Air yang turun dari kawasan perumahan di atas bukit bersebelahan taman ini turut membawa bersama sisa makanan dan sebagainya.
Hakisan ini boleh menyebabkan penduduk di atas terjejas juga pada suatu hari ini. Situasi ini boleh mengundang bahaya kepada semua terutamanya kepada kanak-kanak yang tidak tahu erti bahaya.
Hakisan ini boleh menyebabkan penduduk di atas terjejas juga pada suatu hari ini. Situasi ini boleh mengundang bahaya kepada semua terutamanya kepada kanak-kanak yang tidak tahu erti bahaya.
Tuesday, 6 January 2015
Banjir dan Pasca.. Memang Rakyat Malaysia Prihatin
KUALA KRAU, 6 Januari 2015- Sedar atau tidak, banjir besar penghujung tahun 2015 membawa keberkatan dan keprihatinan semua rakyat Malaysia tidak mengira bangsa, agama dan fahaman politik. Keprihatinan ini telah dipertontonkan dengan hebatnya apabila ramai yang turut turun ketempat terjejas banjir sejak banjir berlaku hinggalah ke pasca banjir. Tidak putus-putus kehadiran NGO mahupun kerajaan melalui agensi masing-masing turun kelokasi untuk membantu mangsa banjir. Khabarnya ada yang masih tidak pulang ke rumah kerana menolong mangsa terjejas banjir sejak 23 Disember 2014 lagi.
Ini juga turut melibatkan orang perseorangan yang sanggup melakukan kerja amal ini tanpa mengharapkan sebarang pertolongan balas. Semua dilakukan secara ikhlas dan belas ehsan. Hanya tuhan sahaja yang dapat memberi balasan yang sewajarnya. Jika kita lihat tempat-tempat terjejas banjir seperti rumah, sekolah, balai polis, kedai-kedai di bandar mahupun di mana jua, sudah pasti ia membawa kesedihan, kehibaan malah ada yang trauma tidak dapat menghadapi semua ini secara berseorangan. Jika ada orang yang mengambi kesempatan di saat ini, alangkah tergamaknya mereka semua.
Hanya air mata sahaja dapat membasuh kedukaan setelah melihat kemusnahan yang berlaku akibat banjir kali ini. Bagi kita yang tidak terlibat, kita boleh berkata sabar. Namun yang menghadapinya, hanya tuhan sahaja yang tahu betapa sedih dan pilu. Namun sebagai takdir, kita terima ini dengan hati yang terbuka dan berlapang dada.
Kerja-kerja pembersihan akibat banjir ini memerlukan kerjasama dariapada semua pihak. Jika ia dilakukan bersendirian, ia akan mengambil masa yang lebih lama. Justeru kehadiran NGO, orang perseorangan, ibubapa dan sebagainya, memudahkan kerja-kerja pembersihan ini.
Kerja-kerja pembersihan akibat banjir ini memerlukan kerjasama dariapada semua pihak. Jika ia dilakukan bersendirian, ia akan mengambil masa yang lebih lama. Justeru kehadiran NGO, orang perseorangan, ibubapa dan sebagainya, memudahkan kerja-kerja pembersihan ini.
Monday, 5 January 2015
Keprihatinan Kerajaan ...
Kerajaan hari ini mengumumkan pemberian bonus kepada kakitangan awam dipercepatkan kepada 15 Januari 2015 bagi meringankan beban rakyat, terutamanya yang terjejas banjir pada panghujung 2014. Semua ini dilakukan sebagai satu usaha meringankan beban rakyat yang terpaksa berbelanja lebih semasa menghadapi banjir. Semoga dengan pemberian ini, rakyat dapat menyelesaikan beberapa perbelanjaan terutamanya menghadapi persiapan anak-anak ke sekolah atau menampung perbelanjaan tertentu kerana terlibat dengan banjir lalu.
Sunday, 4 January 2015
Budaya buli, budaya samseng..
BUDAYA buli tidak harus dibiarkan berlaku lagi dan lagi. Pihak sekolah dan Polis perlu mengambil tindakan lebih tegas walaupun pelakunya ialah mereka yang dibawah umur. Kesedaran sahaja tidak mencukupi untuk memastikan perbuatan ini berlaku. Ia perlu satu undang-undang yang lebih tegas dan bertanggungjawab agar ia bukan sahaja dapat mencegah malah memberi pengajaran kepada semua. Tindakan yang dibuat selama ini tampak masih lagi longgar dan lopong. Budaya ini jika dibiarkan akan terus menghantui anak-anak kita untuk menimba ilmu di sekolah. Sungguhpun mereka ini dibawah umur dan berlaku di sekolah, tetapi isu ini tidak boleh dipandang mudah. Ketegasan semua pihak menangani perkara ini akan memastikan ia tidak lagi berlaku kepada semua pelajar. Andai kata ia dibiarkan, budaya buli ini memberi gambaran sangat buruk kepada sistem pendidikan negara.
KRT Kelisa Emas tidak bersetuju budaya ini dibiarkan dan berharap pihak berwajib membenterasnya secara bersungguh-sungguh dan jika ia masih berlaku, suatu usaha yang lebih tegas perlu diambil. Semoga budaya ini akan cepat diselesaikan dan tidak akan berulang lagi.
Subscribe to:
Posts (Atom)
JEJAK ANDA
PAPARAN SEMASA
- ▼ 2015 (31)
MENGENAI KAMI
- Taman Kelisa Emas Jerantut
- 27000 JERANTUT, PAHANG DARUL MAKMUR, Malaysia
- JALAN JERANTUT FERI
TAMAN KELISA EMAS

Selamat Datang Ke Taman Kelisa Emas, Jerantut
Kami mangalu-alukan penduduk taman ini menyumbangkan idea bagi membangunkan web Taman ini dengan lebih mantap.