
Tuesday, 29 December 2009
STIKEL TAMAN KELISA EMAS

Sunday, 20 December 2009
KUSANGKAKAN PANAS SAMPAI KE PETANG, RUPANYA HUJAN DAN BANJIR KILAT



Tuesday, 15 December 2009
OPERASI TABIKA TAMAN KELISA EMAS [ gambar sebelum mengemas ]






[ P/S : Kalau nak bikin cerita pasal ini, kenapa tak panggil juru gambar dan beri sikit cerita dan maklumat. Ini berdasarkan curi-curi dengar aje. Entah ke betul entah kan tidak. Kalau salah tu, harap dimaafkan. ]
KERATAN AKHBAR
Kalau hidup sekampung, tidak perlu kita memilih fizikal, kekayaan, kemewahan dan sebagainya sabagai satu syarat untuk mengajak mereka hidup dan bekerja sebagai satu kampung. Sebagai ketua, apakah peranan anda dalam menjayakan aspirasi ini. Kata orang, kalau jadi seorang ketua tetapi hanya untuk menidakan orang lain, lebih baik menguruskan sekandang kerbau. Siapa makan lada dialah yang akan terasa pedasnya.
Dalam cabaran hari ini, tidak semua orang sanggup buat kerja seorang diri. Masyarakat sekeliling menilai kita walaupun kerja yang kita lakukan itu adalah kerja sukarela. Justeru, berbuatlah sesuatu berdasarkan kehendak orang ramai, bukan mencipta puak dalam organisasi sukarela ini. Sesungguhnya yang baik hendaklah didengari, bukan dipekakan telinga. Kalau mencipta sejarah, usahlah disebut orang sampai bila-bila kerana sikap perkauman, pilih bulu, dasar cas kenting, membunuh dari belakang dan sebagainya.
Kalau kita tidak suka kepada seseorang itu sekalipun, kita tidak boleh membunuh hasratnya, kemahuannya, penglibatannya dan lebih-lebih lagi keikhlasnya. Sepatutnya bijaklah membina jambatan keikhlasan sesama kita supaya hidup sekampung akan sentiasa membawa keharmonian. Kita tidak boleh memperlekehkan usaha orang lain. Ingatlah suatu hari nanti, orang lain juga akan perlakukan begitu kepada kita tetapi dalam situasi yang berbeza. Jesteru, hindarlah cara hidup lama yang suka memperlekehkan orang lain dalam urusan kita.
Muafakat membawa berkat. Ibadat dalam kerja kesukarelaan adalah tiket untuk mencipta kejayaan yang lebih cemerlang sebagai warga negara yang cintakan keamanan di dunia dan akhirat. Jika ada kerja kemasyarakatan, ajaklah semua penduduk taman ini turut sama supaya yang ada tidak berasa dipinggirkan. Soal mereka nak datang atau tidak, itu bukan urusan kita. Apa yang sangat penting ialah tanggungjawab kita ialah mengajak atau menyeru supaya mereka hadir itupun sudah memadaii. Manalah tahu dalam ajakan itu terbuka hati mereka untuk menyumbang tenaga dan buah fikiran. Siapa tahu?
Kesimpulannya, kalau hidup bermasyarakat kita tidak perlu bekerja sendirian atau pun hanya dalam puak-puak tertentu sahaja. Binalah sebuah kampung berdasarkan kepada pemuafakatan kerana kita tidak boleh hidup dalam puak-puak kita semata-mata tetapi memerlukan seluruh penghuni bagi menyumbang dalam setiap agenda kemasyaratan. Cuba kita lihat sejenak keratan-keratan akhbar ini. Ini salah satu agenda kemasyarakatan yang perlu penglibatan semua pihak. Kebergantungan kepada setiap apa agenda yang kita salurkan, tidak harus menafikan hak dan kebolehan individu tertentu berdasarkan aspek tertentu atau hanya berdasarkan tanggapan bahawa orang ini tidak boleh. Sedangkan dalam realitinya kita tidak pernah mengajak dan memberi peluang untuk mereka tunjukan kebolehan mereka.





Sunday, 6 December 2009
SKIM RODAAN SUKARELA TAMAN KELISA
Masalah-masalah kecil seperti masalah keluarga, demam, sakit dan tiada dalam kawasan dapat dibantu oleh ahli yang bertugas pada masa itu. Skim ini telah menunjukan kebekesanannya yang baik kerana sejak ia dilancarkan masalah jenayah dapat di atasi. dengan mudah. Semenjak SRS diadakan kejadian pecah rumah tidak pernah ada dan atas komitmen ini jugalah beberapa masalah moral seperti khalwat dapat di bendung. Misalnya, beberapa kes khalwat dalam kawasan ini dapat di atas dengan bijak.
Kerjasama daripada penduduk juga memudahkan urusan terutamanya dari segi keselamatan pendudukan yang lain. Sikap cakna mereka dapat membantu pihak RT bertindak dengan cemerlang. Segala kecurigaan yang tercetus mendapat maklum balas tidak lebih daripada 5 minit dan mereka tidakan dengan segera. Sikap ini harus di puji agar jenayah tidak ada ruang untuk bermaharajalela di taman perumahan ini.
Terima kasih dan syabas diucapkan kepada semua yang terlibat, terutamanya yang selalu turun bertugas tidak kira apa jua keadaan cuaca. Mereka juga seharusnya diberi pujian atas kesungguhan ini. Tanpa mereka rasanya tidak ada orang lain lagi yang sanggup berbuat demikian. Oleh itu, marilah kita bersama-sama menjayakan Skim ini dengan bekerjasama membenteras jenayah yang berlaku di sekeliling kita.
Semoga tahun 2010 kelak, masih ada insan yang sanggup memberi sumbangan yang tidak berbelah bahagi. Tanpa mereka, kesejahteraan penghuni pasti akan terancam. Marilah kita buangkan sikap pentingkan diri sendiri supaya ia membawa berkat bersama. Kalau ada lagi jiran-jiran anda bersikap pentingkan diri sendiri katakan kepada mereka, apa faedahnya hidup seperti kera sombong sedangkan dunia sekeliling memerlukan kita semua untuk bersatu dalam suasana yang harmoni.
Skim ini tidak harus dihentikan apa lagi dibiarkan terkubur tanpa nisan. Bagi mereka yang berkemampuan apa salahnya turun bersama berjaga malam walaupun anda bukan ahli rasmi. Tetapi keahlian untuk SRS masih dibuka kepada mereka yang berminat. Apa salahnya menjadi ahli kalau anda berkemampuan. Tinggallah seketika kehangatan selimut malam demi membuktikan bahawa kita juga warga negara yang bencikan jenayah. Usah biarkan orang lain menjaga keselamatan diri kita sedangkan kita berkeupayaan untuk melindungi bukan sahaja diri sendiri dan keluarga bahkan jiran-jiran dan sahabat kawasan ini. Ayuh kita jayakan Skim ini dan bersama-sama mengganggap tugasan ini sebagai satu ibadah untuk ke akhirat yang lebih selesa.
BANJIR DAN KEGELAPAN MALAM
Misalnya, pada 5 Disember 2009, Sabtu lalu, kejadian banjir kilat di persimpangan Taman Perdana dan Kelisa Emas agak membimbangkan. Perkara seumpama itu bukan sekali berlaku bahkan sudah beberapa kali. Dalam kejadian yang lalu terdapat sebuah kereta terperangkap dan hampir meragut nyawa. Begitu juga dengan kejadian terbaru ini, terdapat sebuah kereta terperangkap kerana percaya laluan itu boleh diredahi. Namun tanpa disedari, rupa-rupanya boleh menyebabkan kenderaan beliau terperangkap.
Berapa kali dalam hidup kita perkara bernasib baik akan terjadi. Memang kita perlu bersyukur kerana sehingga kini tiada lagi masalah kehilangan nyawa akibat banjir ini. Tetapi adakah perkara selamat dan bernasib baik itu dapat memberi jaminan kepada situasi yang sedang berlaku hari ini dan masa-masa akan datang. Kemanakah perginya pihak bertanggungjawab dalam hal ini. Apakah hendak tunggu ada yang terkorban baru hendak bertindak membetulkan keadaan? Itulah persoalan yang harus dijawab selain daripada memberi jamin tanpa tindakan terdekat.
Keadaan ini berlaku bukan sekali, bahkan sudah beberapa kali dan mungkin aduan juga tidak sekali diutarakan oleh penduduk sekitar. Susahkah hendak melayan masalah rakyat yang semudah ini. Penduduk terbabit tidak mempunyai bidang kuasa untuk berbuat sesuatu kerana bidang kuasa itu terletak kepada pihak bertanggungjawab seperti Majlis Daerah Jerantut, Alam Flora, Jabatan Peparitan dan Saluran, Jabatan Kerja Raya dan beberapa agensi yang mempunyai kuasa tertentu.
Kedengaran laporan yang diutarakan pula tidak mendapat reaksi sepatutnya bahkan saling salah menyalahi. Bagi pelapor dan pendudukan terbabit perkara ini memang membosankan dan tiada kesudahan. Bagi mereka juga sikap salah menyalahi sesama agensi bertanggungjawab selalu kedengaran bahkan kedengaran sejak 50 tahun lalu. Apa salahnya semua agensi terbabti secara profesional mendengar masalah penduduk dan bergabung tenaga dengan semua agensi bagi mengatasi aduan penduduk. Turun bersama menyiasat dan membuat keputusan bersama adalah hikmah yang penduduk hendak lihat. Kalau saling salah menyalahi, apakah kesudahan yang mereka dapat? Penduduk bukan menuntut sebuah keselesaan yang boleh dibanggakan. Namun apa yang mereka pinta ialah satu laluan selamat dan kalau berlaku hujan lebat tidak berlaku banjir kilat. Permintaan mudah ini rasanya tidak memerlukan kos berbilion ringgit. Tetapi mungkin tuntutan mereka hanya memerlukan sebuah jentera yang boleh membereskan saliran yang tersumbat agar laluan air lancar. Kalau ada kemampuan yang besar tidak salah permintaan mereka dilayan untuk menyediakan laluan banjir kilat yang tidak merugikan apa-apa.
Itulah kata orang, mereka perlu hidup bersabar. Bahkan mereka selalu bersabar apabila membuat aduan pihak-pihak ini tidak mahu bertanggungjawab dan menuding jari ke agensi lain untuk pengadu bertindak seterusnya. Kawasan ini bukanlah sebuah kampung terpencil di luar bandar atau sebuah kampung lembah di persisir sungai Pahang. Taman perumahan ini terletak tidak sampaipun 5 Kilometer daripada Bandar Jerantut. Dengan jarak yang sama juga terletaknya agensi-agensi bertanggungjawab. Susahkah untuk berbuat sesuatu yang lebih selesa untuk penghuni taman-taman berhampiran supaya tidak lagi terganggu oleh masalah ini?
Laluan ini bukan sahaja sering berlaku banjir kilat bahkan pada malamnya ia akan menjadi sebuah lorong gelap dan menakutkan. Bagi pengguna yang berjalan kaki, ia memang menakutkan dan mungkin bahaya sedang menanti mereka. Sama ada bahaya binatang berbisa atau mungkin perompak, perogol, penyamun atau pengedar dadah berbahaya. Maklum sahajalah laluan ini gelap dan kurang selesa. Sepatutnya terdapat lampu jalan yang boleh menerangi laluan ini. Keselesaan pengguna tidak langsung diambil kira oleh pihak bertanggungjawab. Sebetulnya laluan ini menjadi laluan penting bagi penduduk taman Kelisa Emas dan Taman Perdana bersebelahan. Ia menjadi sukar kalau jawapan yang diberikan kepada pengadu ialah sila guna laluan lencongan di persimpangan lampu isyarat Masjid Tengku Mahkota. Dulu pernah satu aduan dibuat mengenai laluan ini, pihak tersebut menyatakan sila guna laluan persimpangan lampu isyarat Taman Perdana yang hanya terletak 400 meter dari kedua-dua laluan. Siapa yang hendak kami percayai dalam masalah ini dan kes yang mana boleh kami pakai? Bukti bertulis telah dikeluarkan oleh JKR Jerantut menunjukkan supaya pengguna dari Taman Kelisa Emas menggunakan laluan Lampu Isyarat persimpangan Taman Perdana untuk keselamatan dan keselesaan. Namun kalau masalah banjir kilat melanda secara tiba-tiba, laluan ini sudah tidak menjadi selamat lagi.
Lebih membimbingkan laluan ini bukan sahaja banjir kilat bahkan gelap gelita pada waktu malam. Jika anda melalui laluan ini seolah-olah anda sedang melalui sebuah terowong yang gelap gelita. Memanglah pengguna yang lalu di kawasan ini akan memasang lampu dan tiada lagi rekod jenayah. Tetapi sila beri satu jaminan kepada pengguna laluan ini supaya apabila berlaku jenayah yang melibatkan maruah dan kematian, boleh tak pihak bertanggungjawab mengundur masa untuk memperbaiki keadaan?
Memang benar kalau pasang lampu jalan sekalipun kalau jenayah hendak berlalu, ia tetap berlaku. Tetapi sekurang-kurangnya ia dapat mengurangkan, mengelak daripada penjenayah merancang kegiatan mereka dan sebagainya. Kata orang, beringat dan berwaspada lebih baik daripada sudah terjadi baru nak bertindak.
Bersabar itu penting, tetapi adakah sabar itu hanya ungkapan bagi orang yang selalu mengharapkan sesuatu dari kebaikan yang dituntut? Beri satu jaminan bahawa setiap apa yang berlaku dapat dikembalikan kepada asal sekiranya tiada tindakal awal yang membawa kebaikan bersama. Bukan untuk mencari salah tetapi untuk menjadi telada bahawa sejak negara merdeka lebih daripada 50 tahun lalu, mengapa kita masih tidak berubah sedangkan sekeliling kita sudah lama dan jauh berubah. Fikirlah, supaya apabila kita berfikir, tindakan kita adalah tindakan akal budi. Fikirlah, supaya orang yang berfikir akan mengambil keputusan berdasarkan hati, bukannya nafsu yang menyesatkan.
Monday, 30 November 2009
JADUAL SRS TERKINI BAGI BULAN NOVEMBER DAN DISEMBER 2009
KUMPULAN 1
1. HANIZA BIN DIN (KETUA)
2. MOHD ZULKERNAINI BIN MAT TAHIR
3. ZAHIMIN BIN MAT DERUS
4. MOHD MAZNAN BIN MOHD IKHWAN
5. NOR HAZNAN BIN MUHAMAD
6. ISHAM BIN MALEK
7. MOHD AZHA BIN ARIFFIN
8. MOHD FARID BIN IBRAHIM
9. MOHD SHUKURI BIN ABU SEMAN
10. MOHDSHUKUR BIN ABDUL RAHIM
11. WAN JAUHARI BIN WAN MUHAMAD
KUMPULAN 2
1. JASMISHAM BIN DIN (KETUA)
2. MOHD AZIMILI BIN RAMLI
3. HIRUL HAMIDI BIN AMINUDIN
4. ABDUL MUBIN BIN AHMAD
5. AHMAD RANI BIN MAHMUD
6. MUHAMMAD SYAIFUL BIN HASAN
7. HAPIZU BIN AWANG
8. MOHD ZAKIR BIN ABD SHUKOR
9. MAZLAN BIN SULONG
10. RAZMAN BIN ABU TALIB @ ABD MALEK
11. AHMAD FAIRUZ BIN ABDULLAH AZAINI
12. GANI BIN BUSU
KUMPULAN 3
1. MOHD ASRI BIN ISHAK (KETUA)
2. MUHAMAD BIN MAT TAHIR
3. ZAIDI BIN ISMAIL
4. MAZLAN BIN CHE KOB
5. HAIRUL NIZAM BIN DAUD
6. ZAMRI BIN KHALID
7. ZULHAIMI BIN ABD WAHAB
8. ZAMRI BIN MAHMUD
9. AHMAD SABRY BIN ZAKARIA
10. ROHIMI BIN JAFFAR
11. AMAT KHAIRI BIN KARIMAN
Sebarang perubahan akan dimaklumkan dari masa ke semasa. Untuk pertanyaan sila berhubung terus kepada Encik Azimili dan Encik Zulkernaini.
Sunday, 29 November 2009
SELAMAT PENGANTIN BARU
Pantun Untuk Pengantin Baru ini dipersembahkan kepada pasangan Azahani bin Amat Khairi dan Isterinya Norhayati binti Abd Rahman yang melangsungkan perkahwinan pada baru-baru ini. Semoga berkekalan hingga ke anak cucu. Pantun ini dihadiahkan oleh Mazlan Che Kob sebagai kenang-kenangan.
Suami yang pandai bermain bercinta
Isteri menawan cantik jelita
Amboi amboi menjelinglah pula
Pengantin bersanding bermain mata
Mentera bukan sebarang mentera
Lafas nikah ikatan hati
Mentua bukan sebarang mentua
Mentua berdua ibubapa sejati

Duduk bersanding di atas pelamin
Bagaikan raja memerintah negeri
Bisikan cinta ikatan terjamin
Moga kebahagiaan Allah beri
Sudah terkota lafas nan cinta
Semoga berkat cinta sejati
Hiduplah bersama bercinta-cinta
Susah dan payah samalah mengerti
Senyuman dinda cantik di mata
Azimat rindu membawa ceria
Hidup bersama menjalin cinta
Cantiklah dihati cantiklah di mata

Hidup berdua kuatlah ibadat
Gagah perkasa seorang perwira
Sehati sejiwa membawa berkat
Hidup bersama dalam sejahter
Inai berinai di malam pengantin
Leka usah layanlah tetamu
Lagu dikirim hadiah pengantin
Ingatlah nasihat asal bertemu
Penawar rindu padamu seorang
Kenapa selalu semangatku dikau puja
Penawar rindu padamu seorang
Resah tak sanggup menanggung di jiwa
Salah tak tahu kasih bermula
Bermula
Peristiwa, dalam ingatan
Kasih tercipta
Penawar rindu padamu seorang
Senyuman kuberi sungguh bermakna
Tetapi sayang kau tak ketahui
Tak ketahui
Hingga ku merana, merajuk hati
Membawa diri
Penawar rindu padamu seorang
Kenapa selalu semangatku dikau puja
Penawar rindu padamu seorang
SEMOGA IA MENJADI INGATAN SELAMANYA
Friday, 27 November 2009
JADUAL ALAM FLORA DAN MASALAH SAMPAH

Bagaimanapun kepada penduduk diharapkan dapat menyediakan tong sampah yang baik agar kalau pihak Alam Flora lambat mengutip sampah tidak diselerak oleh anjing dan kucing. Ini menyebabkan kawasan menjadi kotor dan tidak terurus. Lagipun ia memudahkan kerja-kerja membersih yang akan dijalankan oleh pihak Alam Flora.

Kepada Alam Flora pula, apa salahnya mengutip sampah yang telah dikemaskan oleh penduduk tepat pada masa dan mengikut jadual. Kami mendapati beberapa kali sampah tidak dikutip mengikut jaduah menyembabkan sampah telah diusik oleh anjing dan kucing. Hal ini menyebabkan lalat dan lipas mula membiak. Kam tidak melahirkan rasa tidak puas hati tetapi menyeru agar pihak Alam Flora Jerantut mengambil perhatian mengenai perkara ini. Bagi kami masalah kenderaan memungut rosak itu bukan masalah yang kami nak tahu. Adalah mustahil sebuah syarikat besar seperti ini ada satu dua kenderaan sahaja untuk menjalankan kerja-kerja pembersihan bagi kawasan yang besar macam daerah Jerantut ini. Kami percaya akan kemampuan Alam Flora untuk menguruskan semua ini. Tetapi janganlah kerana alasan remeh ini menyebabkan pelanggan anda merasa bosan dan membuat andaian nagetif.

Kami berharap sabagai satu cadangan sikiranya tidak dapat memungut sampah pada jadual yang telah ditetapkan diharap mengantikan di hari lain supaya tidak berlaku salah faham. Kami berpendapat ia boleh diselesaikan dalam masa yang singkat. Semoga kerjasama daripada pihak pengurusan Alam Flora akan dapat memastikan kami sebagai pembayar cukai menerima ganjaran sewajarnya.
" Rakyat didahulukan, pencapaian diutama"
Wednesday, 25 November 2009
SELAMAT HARI RAYA KORBAN
SEMASA MENINGGALKAN RUMAH SILA PASTIKAN SEMUANYA SELAMAT. PASTIKAN SUIS YANG TIDAK DIGUNAKAN DIMATIKAN DAN DITANGGALKAN DARIPADA PLAK. MISALAH STRIKAL, UBAT NYAMUK ELEKTRIK, CEREK ELEKTRI DAN SEBAGAINYA. SELAMAT HARI RAYA.. MAAF ZAHIR BATIN..
Sunday, 22 November 2009
Wednesday, 18 November 2009
STEKEL KENDERAAN AKAN DILANCARKAN TIDAK LAMA LAGI
Sunday, 8 November 2009
Awasi Anak-Anak di Musim Hujan

Banjir sedang melanda di beberapa buah negeri dan ia tampak buruk. Banjir boleh mengundang bahaya dan kerosakan kepada harta benda. Bagi kita di kawasan ini tidak akan terlibat dengan suasana banjir macam tu.
Bagaimanapun sebagai langkah keselamatan, pastikan anak-anak kita tidak bermain di tepi longkang. Kemungkinan mereka leka dan abaikan tentang keselamatan diri sendiri. Oleh itu pastikan mereka tidak terlibat dalam suasana yang tidak diingini ini.
"BERINGAT SEBELUM KENA, BERJIMAT SEBELUM HABIS"
Friday, 6 November 2009
RONDAAN MALAM RT TAMAN KELISA EMAS
GAMBAR UKURAN PASPORT / KAD PENGENALAN
SU..
Encik Zaidi
Gambar juga boleh diemailkan kepada
krtkelisaemas@gmail.com
Alahai, Nasiblah ..Lampu Isyarat Padam Lagi.. Percaya tak cakap saya?
Apa yang lebih malang lagi, lampu isyarat disitu sering rosak terutamanya apabila hujan lebat melanda. Nasiblah penduduk taman ini. Nak tak nak terpaksa melalui laluan yang agak berbahaya dan mengundang kemalangan. Awaslah kalau keadaan ini berlaku.
Masalah ini telah di ajukan kepada pihak berkaitan. Namun tampaknya masing-masing menuding jari sesama sendiri. Apalah salahnya masing-masing berikhtiar untuk menyelesaikan masalah ini? Bukannya nak salahkan orang itu dan ini. Nasiblah apa nak jadi.
Rasailah sendiri bagaimana kalau lampu isyarat tu rosak. Suasana akan menjadi kelam kabut kerana lampu isyarat ini sangat penting kepada semua lalu lintas terutama ibu bapa yang menghantar anak-anak mereka ke sekolah berhampiran, pekerja-pekerja yang nak ke tempat kerja dan seumpama. Mungkin bagi pihak bertanggungjawab masalah ini kecil kerana mereka tak terlibat dalam laluan ini. Nasiblah pengguna jalan ini.
Terpanggil dengan masalah serupa ini kita sebagai pengguna hanya berbicara dalam hati mengatakan bahawa, redhalah. Lagi lebih teruk apabila cakap, entah tak tahu bila mereka nak ubah atau nak selenggara lampu isyarat ini. Kita sebagai pembayar cukai yang tidak pernah engkar pun tak dapat manfaat daripada ini. Kalau lancang sangat mengkritik kena gam pula. Alaihai, nasiblah.
JEJAK ANDA
PAPARAN SEMASA
MENGENAI KAMI
- Taman Kelisa Emas Jerantut
- 27000 JERANTUT, PAHANG DARUL MAKMUR, Malaysia
- JALAN JERANTUT FERI
TAMAN KELISA EMAS
